Posts

Showing posts from February, 2018

Pengundi wanita Sungai Besar teruja bila Shahrizat sedia jadi calon

Image
KUALA LUMPUR - Desas-desus mengatakan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil bakal bertanding di kerusi P093 Parlimen Sungai Besar semakin hangat diperkatakan khususnya pengundi di kawasan luar bandar itu. Tinjauan Malaysia Gazette menemui pengundi Parlimen Sungai Besar yang kini menetap di ibu negara baru-baru ini mendapati kebanyakan mereka berasa teruja apabila mendapat tahu tokoh wanita UMNO itu bersedia bertanding di Parlimen Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Menurut Noor Shahidah Mohd Zaidi, 25, yang kini menetap di Bandar Baru Wangsa Maju, di sini berkata, dia memang menantikan seorang calon wanita untuk menjadi wakil rakyat di kawasan itu. "Sudah tentu boleh terima, sebab saya wanita, dia sebagai Ketua Wanita UMNO dapat membela nasib wanita di sana terutama nasib ibu-ibu tunggal. "Saya memilih beliau menjadi wakil rakyat di sana sebab kita jarang ada Ketua Wanita, semuanya lelaki (wakil rakyat)," katanya ketika di...

BACA INI SEBELUM MAHU UNDI JATUHKAN KERAJAAN

Image
oleh : Azman Hussin WAHAI rakyat Malaysia, anda mahukan negara yang lebih baik, tetapi anda tidak mahu menjadi warganegara yang lebih baik. Anda mahukan hak-hak anda daripada negara, tetapi anda tidak mahu melaksanakan tanggungjawab anda sebagai warganegara. Sebaliknya, anda mahu menukar kerajaan baru dan mengharapkan negara menjadi lebih baik. Anda fikir itulah penyelesaian yang betul. Sepintas itulah yang akan menyelesaikan masalah pada hal mentaliti anda tidak berubah. Keadaan yang anda keluhkan tentang kerajaan anda adalah keadaan yang wujud seperti di negara-negara lain. Misalnya, tidak ada negara yang akan memberikan sesuatu secara percuma tanpa mengambil apa-apa daripada anda sebagai rakyat. Tidak ada rakyat mana-mana negara yang tidak mengeluh tentang kerajaan mereka. Anda bandingkan negara lain dengan keadaan negara anda, yang kononnya lebih baik. Tetapi anda tidak melihat rakyat negara tersebut mengkritik pemerintah mereka. Jadi, di negara mana anda mahu t...

Fakta sebenar National Feedlot Centre (NFC) dan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp)

Image
Fakta sebenar National Feedlot Centre (NFC) dan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) SEPANJANG kempen Pilihan Raya Umum Ke-13, pihak pembangkang telah menggunakan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan dan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) bagi memburukkan kerajaan. Kontroversi itu timbul setelah pihak pembangkang memanipulasi Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang sebenarnya merujuk kepada kelemahan NFC semata-mata. Walaupun NFC dan NFCorp mempunyai akronim yang hampir sama, ia adalah dua entiti yang berbeza. Sebenarnya, tanggungjawab untuk menjayakan NFC bukan terletak di bahu NFCorp semata-mata sebaliknya turut melibatkan beberapa syarikat lain yang dipilih untuk membangunkan prasarana dan sebagai operator di pusat berkenaan. Masalah juga berpunca daripada kelemahan pentadbiran kerajaan ketika itu seperti yang telah ditegur dalam laporan audit termasuk pembinaan prasarana substandard dan kegagalan membangunkan pusat penye...

JAMAL MAHUKAN PEMBANGUNAN PESAT PARLIMEN SUNGAI BESAR.

Image
APA GUNA JADI AHLI PARLIMEN JIKA TAK JADI MENTERI - JAMAL Pembangunan pesat Parlimen Sungai Besar hanya boleh dinikmati oleh rakyat dan pengundi di kawasan itu sekiranya Barisan Nasional (BN) meletakkan calon luar boleh menang serta berpotensi dilantik menjadi Menteri Kebinet selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Ujar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, walaupun beliau layak bertanding dan mampu memenangi kawasan itu dengan majoriti 10,800 undi, namun tiada jaminan beliau akan dilantik menjadi menteri. “Walaupun Parlimen Sungai Besar melibatkan pertandingan tiga penjuru, saya yakin boleh menang, tapi selepas PRU14, saya pasti tidak akan mendapat jawatan menteri pun. “Apa guna saya jadi Ahli Parlimen, tapi masih tidak boleh membawa pembangunan kepada masyarakat di Sungai Besar ini,” katanya dalam sesi soal jawab bersama pengamal media di sini, baru-baru ini. Sabtu lalu, Jamal sedia memberikan laluan kepada Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abd...

3,000 BURGER PERCUMA SEMPENA TAHUN BARU CINA DI SEKINCHAN PADA 16 FEB 2018 -JAMAL

Image
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato Sri Jamal Md Yunos akan mengedarkan  3,000 Burger PERCUMA  di Pekan Sekinchan buat semua pengunjung-pengunjung dan warga Sekinchan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina buat yang hadir pada hari tersebut. Tarikh dan waktu seperti berikut,... TARIKH  : 16 FEBRUARI 2018 (JUMAAT) MASA     : BERMULA JAM 4.00 PTG HINGGA SELESAI TEMPAT : PEKAN SEKINCHAN, SELANGOR. Semua Di Jemput Hadir. #Share "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA"

[VIDEO] BUDIMAN TETAP BERTANDING DI SUNGAI BESAR -JAMAL

Image
Dalam menghadapi waktu yang akan datang ini, tidak sekali kali saya akan musnahkan perpaduan kita di dalam Sungai Besar ini. Dalam 2-3 hari ini macam-macam cakap, Dato Jamal berkelahi dengan YB Budiman, Siapa kata ??, Yb Budiman tetap akan bertanding di tempat kita. Cuma bezanya sekarang ini YB budiman memegang 2 kerusi di Dun dan Parlimen. Saya juga nak nasihat kepada YB Budiman jangan tamak. Bertanding 1 saja tapi boleh bersanding 2 -Kata Jamal https://youtu.be/_tyfpFQKdi4 Sebab apa Yb budiman bertanding di Dun??. Sebab YB budiman kita harapkan di waktu yang akan datang menjadi seorang pemimpin yang hebat di dalam negeri Selangor ini. Yb budiman mempunyai kekukuhan ke arah itu. Nama YB budiman ini sangat popular. Sebab itu lah saya melupakan kepentingan peribadi saya untuk menjadi wakil rakyat, ahli parlimen dan dun. Saya memikirkan kebaikan yang lebih besar di Sungai Besar ini untuk membawa sorang Menteri penuh pada pru akan datang. Kedatangan Tan Sri Sharizat ke Sun...

(VIDEO) "RED CARPET" UNTUK TAN SRI SHAHRIZAT DI SUNGAI BESAR. -DS JAMAL

Image
SUNGAI BESAR: : Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos mengalu-alukan kehadiran Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat untuk bertanding di sini. Jelasnya, perbincangan sudah dilakukan tetapi bukan secara rasmi di peringkat UMNO Sungai Besar. "Memang sudah menjadi topik perbincangan di kalangan pengundi di sini. Bagi saya, saya beri karpet merah untuk Tan Sri Shahrizat sebagai calon di sini," kata Jamal dalam satu sidang media di sini, hari ini. Mengulas lanjut, katanya beliau bersedia meminta Ahli Parlimen Budiman Zohdi untuk bertanding di DUN Sungai Panjang. "YB Budiman sememangnya pemimpin yang baik dan popular. Beliau juga wakil rakyat bagi DUN Sungai Panjang. Jika ini berlaku, kami akan meminta beliau untuk bertanding di sana," katanya. Dalam pada itu, Shahrizat melahirkan rasa teruja menerima sambutan oleh Datuk Jamal. "Jarang sekali seorang (calon) payung terjun mendapat layanan 'red carpet' dengan ikhlasnya oleh ...

RESTORAN MAKAN TENGAHARI PERCUMA RAI PESAKIT BUAH PINGGANG KRONIK.

Image
08 Feb 2018 Restoran Jamuan Rakyat Makan Percuma Tengahari di Jalan Pahang Kuala Lumpur hari ini menerima tetamu istimewa seorang Pesakit Buah Pinggang yang kronik. Temuramah skuad #bersamamuTV3 oleh Pengacara BersamamuTv3 Teh Shuhadah dan kru membuat liputan. Sumbangan dan barangan keperluan (hamper) dari Dato Sri Jamal Md Yunos yang di wakili oleh isteri beliau turut di sampaikan kepada Adik Yusri bagi meringan beban yang di tanggung oleh keluarga. Kronologi Berkaitan Adik Yusri bin Wahid.. Adik Yusri b Wahit, seorang pesakit buah pinggang yang kronik. Kini Yusri menjalani dialisis seminggu 3 kali ditanggung oleh Baitulmal. Isterinya Norshila Ariffin tidak boleh bekerja kerana terpaksa menjaga Yusri dan seorang anak berusia 5 tahun. Norshila juga mempunyai 3 orang anak berusia 21-17 tahun dari perkahwinannya yang pertama. Selain masalah buah pinggang, Yusri juga mempunyai masalah saluran tersumbat pada jantung yang mengakibatkannya perlu berulang alik ke hospital. Kini ...

JAMAL AKAN EDAR 3,000 BURGER PERCUMA DI PEKAN SEKINCHAN PADA 9 FEB 2018.

Image
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato Sri Jamal Md Yunos akan memasak serta mengedarkan 3,000 Burger PERCUMA di Pekan Sekinchan buat semua pengunjung-pengunjung dan warga Sekinchan yang hadir pada hari tersebut. Tarikh dan waktu seperti berikut,... TARIKH  : 09 FEBRUARI 2018 (JUMAAT) MASA     : BERMULA JAM 4.00 PTG HINGGA SELESAI TEMPAT : PEKAN SEKINCHAN, SELANGOR. Semua Di Jemput Hadir. #Share #Jamalyunos #BurgerPercuma #Sekinchan #Selangor

SEKIN FISHERMAN VILLAGE HOTEL & RESORT SEKINCHAN SELANGOR

Image
TEMPAT PERCUTIAN MALAYSIA SEKINCHAN SELANGOR SEKIN FISHERMAN VILLAGE HOTEL & RESORT SEKINCHAN SELANGOR SEKIN FISHERMAN VILLAGE HOTEL & RESORT SEKINCHAN. NO. 358 JALAN PANTAI REDANG, BAGAN SEKINCHAN, 45400 SEKINCHAN, SELANGOR. TEL: 03-3241 8497 / 010-3382840      FAX: 03-32418499 ROOM CATEGORY -TYPE OF BED 1-STANDARD ROOM (1 QUEEN/2 SINGLE BED) (PEAK SEASON)    RM129.05 (ROOM RATES)     RM113.00 (PROMO-40%)       RM68.00 2-DELUXE ROOM (1 QUEEN/2 SINGLE BED) (PEAK SEASON)    RM189.60 (ROOM RATES)     RM121.00 (PROMO-40%)       RM73.00 3-SUPERIOR ROOM (1 KING SIZE BED) (PEAK SEASON)    RM172.25 (ROOM RATES)    RM140.00 (PROMO-40%)        RM84.00 4-SUPERIOR DULEXE (1 QUEEN+1 SINGLE BED) (PEAK SEASON)    RM207.05 (ROOM RATES)     RM180.00 (PROMO-40%)       RM108.00 5-FAMILY DELUXE (1 ...