SENARAI KABINET YANG TULAR HANYA MAINAN POLITIK PIHAK TERTENTU -NOH
Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menafikan senarai barisan Kabinet baharu yang tular di media sosial baru-baru ini. Menurut Noh, senarai yang membariskan nama-nama menteri baharu itu adalah tidak benar dan hanyalah mainan politik pihak tertentu. Beliau berkata, dengan keadaan negara berdepan wabak koronavirus (Covid-19) ketika ini, rombakan Kabinet amat tidak bersesuaian untuk dilaksanakan. "Tambahan pula, menteri-menteri yang bertugas sekarang pun baru beberapa bulan berkhidmat dan lebih baik kita utamakan tangani Covid-19 dulu. "Kalau hal berkenaan senarai Kabinet tular ini, saya sudah lali sebab pernah berlaku beberapa kali sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini. Terdahulu, tular senarai barisan Kabinet baharu kerajaan di media sosial yang turut mengaitkan Noh sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. Difahamkan, barisan Kabinet juga akan mengadakan mesyuarat khas Jemaah Menteri di Pejabat Perdana Menteri pada jam 9.30 pagi esok. Mengulas mengena...