Posts

Showing posts from January, 2018

ISU JALAN TELOK GONG ROSAK, KAMI AKAN PANTAU SELAGI TIADA TINDAKAN PIHAK BERWAJIB -DATO SH RAJESH

Image
Pelabuhan Klang, 31 Jan 2018 Rintitan dari isu jalan-jalan kampung Telok Gong Pelabuhan Klang yang rosak dan berlubang-lubang yang telah dipertengahkan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang, Dato Sheikh Rajesh Dato Sri Sheikh Ahmad bersama Wartawan NTV7 serta penduduk-penduduk kampung Telok Gong pada 18 Jan 2018. Hari ini, beliau memaklumkan akan memantau jalan-jalan yang rosak tersebut yang sehingga hari ini tiada tindakan dari pihak berwajib atau Jabatan Kerja Raya (JKR). "Kami sudah memaklumkannya tapi sehingga kini jalan-jalan tersebut masih berkeadaan sama (rosak dan berlubang). Jangan sampai ada lagi tragedi kematian berlaku dan sebelum ini juga telah berlaku kejadian kematian dimana seorang penunggang motosikal terperosok ke dalam lubang jalan yang berlubang tanpa di sedari lubang tersebut penuh air sewaktu hujan." " Kami akan turun kembali bersama wartawan dan penduduk kampung dalam masa terdekat untuk membangkitkan kembali isu tersebut jika tiada j...

MAJLIS PERBANDARAN KLANG AKAN BAIKPULIH DEWAN ORANG RAMAI JIKA ADA SURAT PERMOHONAN JKKK DAN PENYELARAS DUN- DATO SHEIKH RAJESH

Image
Pelabuhan Klang, 31 Jan 2018. Rintitan dari tinjauan Dato Sheikh Rajesh Dato Sri Sheikh Ahmad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang bersama Pengerusi JKKKP, Wartawan NTV7 serta penduduk-penduduk kampung Hamid Tuah Telok Gong pada 25 Jan 2018 yang lepas membongkar Dewan Orang Ramai yang terbiar hampir 3 tahun tanpa pengawasan pihak JKKK dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang di biarkan terbiar dan rosak. "Semalam, kita telah mendapat PENCERAHAN daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK). Pihak majlis telah memaklumkan jika ada surat permohonan untuk di baikpulih daripada/melalui JKKK Kampung Telok Gong atau Penyelaras Dun N.46 Pelabuhan Klang, tindakan segera akan di ambil oleh pihak Majlis untuk di baik pulih atau ubahsuai dengan segera."- kata Rajesh "Selepas selesai di baikpulih, beliau berharap pihak JKKK Kampung Telok Gong dapat menjaga dan mengawasi prasarana dewan orang ramai dan memastikan kemudahan tersebut dapat di jaga dengan baik." https://youtu.be...

PENIAGA DAN PENJAJA KECIL TERTINDAS DI BAWAH KEPIMPINAN MB SELANGOR -JAMAL

Image
Datuk Seri Jamal Yunos hari ini menyifatkan Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal kerana tidak membantu para peniaga dan penjaja-penjaja kecil di negeri berkenaan. Menurut Jamal, beliau mendapat makluman bahawa peniaga dan penjaja-penjaja kecil berkenaan tertekan dengan keadaan persekitaran perniagaan yang tidak dipedulikan oleh kerajan negeri dan tidak ada langsung peluang -peluang perniagaan yang baru di Selangor. " Apa yang kami lihat, semenjak dua penggal pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di dalam negeri Selangor terutama pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu, tidak ada sedikit pun ruang ataupun peluang yang baru ataupun yang lama diperkasakan dan diperbaiki oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Azmin Ali," kata jamal.                    https://youtu.be/_kxWaIeR2bs " Jadi saya beranggapan bahawa kerajaan negeri selangor pada hari in...

2,000 UNIT PPR DIBINA DI SELANGOR. -NOH OMAR

Image
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membina 2,000 unit kediaman di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) tahun ini bagi membantu golongan kurang berkemampuan di Selangor memiliki rumah. Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata projek perumahan itu, yang membabitkan kos kira-kira RM400 juta, akan dilaksanakan di empat lokasi iaitu Kampung Sungai Yu dan Berjuntai Bestari yang terletak di Kuala Selangor, Bukit Subang, Shah Alam serta Dengkil, Sepang. “Projek PPR di Kampung Sungai Yu melibatkan 500 unit rumah teres manakala PPR di Dengkil dan Bukit Subang masing-masing melibatkan pembinaan 500 unit pangsapuri. “Di Berjuntai Bestari, kita masih di peringkat perbincangan sama ada untuk membina pangsapuri atau rumah teres,” katanya dalam sidang media. Terdahulu, Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, menyampaikan Amanat 2018 kepada kira-kira 500 penjawat awam dari agensi dan jabatan-jabatan Persekutuan.

RIAKSI PM PRU14 -TUNGGU ILHAM

Image
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) terus menjadi teka teki banyak pihak termasuk media apabila Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum membayangkan bila ia akan berlangsung. Sambil berseloroh, Perdana Menteri berkata, beliau masih menunggu ‘petanda’ yang sesuai untuk membuat keputusan tersebut. “Saya tidak tahu. Saya sedang menunggu ‘ilham’ untuk memikirkan bila masa yang sesuai (untuk adakan PRU-14),” katanya. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti di sini, hari ini.

JUALAN IKAN MURAH DI KAMPUNG MELAYU SUBANG DUN KOTA DAMANSARA. 03 FEB 2018

Image
JEMPUT SEMUA WARGA KAMPUNG MELAYU SUBANG (DUN KOTA DAMANSARA) DAN SEKITARNYA. #Share Penjualan Ikan Dengan Harga Patut Berbeza Dengan Harga Pasaran. Tarikh    : 03 Februari 2018 (Sabtu) Masa     : 9.00 Pagi Hingga Selesai. Tempat :  Perkarangan Surau Nururrahmah / Dataran Pasar Tani, Jln Jati, Kpg Melayu Subang, Sek U6, Shah Alam, Selangor. (Dun Kota Damansara) Senarai Harga Ikan Yang Dijual : Ikan Kembung - RM5 Sekilo Ikan Cencaru   - RM5 Sekilo Ikan Selayang (Sardin) - RM5 Sekilo Ayam Biasa -RM10 seekor Ayam Pencen -RM6 seekor Gas Isian Semula - RM20 (bagi 14Kg Sahaja) Telor Gred AA Petai / Jagung / Keropok Leko DLL FoodTruck (Makanan dan Minuman) Ikhlas dari Dato Sri Jamal Yunos Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. Semua Di Jemput Hadir.  #JelajahSelangor #IkanMurah #DSJY #JamalYunos #BantuRakyat #Selangor Follow #MediaAzleeKlang Blog http://media-azleeklang.blogspot.my FB @Mohd Azli Jaffar @AzleeKlang https://med...

50,000 MASYARAKAT INDIA BAKAL MENERIMA MANAFAAT AS1M -NAJIB

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru masyarakat India di negara ini terus melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) dengan tambahan sebanyak 1.5 bilion unit bermula hari ini. Lebih 50,000 masyarakat India di negara ini bakal mendapat manfaat daripada sejumlah 1.5 bilion unit Amanah Saham 1Malaysia AS1M yang ditawarkan khusus untuk mereka bermula 29 Januari ini. Selain itu, sebanyak 500 juta unit AS1M lagi akan dibuka khusus untuk golongan yang dalam kategori kumpulan berpendapatan terendah (B40). Menerusi akaun Twitter YAB PM, beliau berharap golongan ini dapat meningkatkan lagi pemilikan saham itu selepas berita baik itu diumum dalam Bajet 2018 yang lalu. Mulai hari ini, masyarakat India boleh terus melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia dengan tambahan sebanyak 1.5 bilion unit khusus buat mereka seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018. Semoga ini dapat meningkatkan lagi pemilikan saham dalam kalangan masyarakat India. #MediaAzleeKlang #NajibRazak...

RESTORAN MAKAN PERCUMA TENGAHARI DITUTUP SEMPENA CUTI AM PADA 31 JAN HINGGA 01 FEB 2018.

Image
Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia (GN1M), Restoran Jamuan Rakyat MAKAN PERCUMA TENGAHARI di Jalan Pahang Kuala Lumpur dan cawangannya di Sekin Resort & Hotel Sekinchan Selangor yang di ilhamkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato Sri Jamal Md Yunos hari ini memaklumkan penutupannya sempena cuti am pada tarikh seperti berikut:- 31 Januari 2018 (Rabu) - Hari Thaipusam 01 Febuari 2018 (Khamis) - Hari Wilayah Restoran Akan di buka semula pada Jumaat 02 Februari 2018 dan hari-hari seperti biasa. Harap MAKLUM. Operasi Setiap hari ISNIN -JUMAAT Bermula Jam 12.00 Tengahari - 3.00 Petang. (Kecuali CUTI AM, Sabtu dan Ahad) #MediaAzleeKlang

NAJIB MENEMPLAK KENYATAAN INDIVIDU MALU MENGAKU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak individu yang dikatakan tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia meskipun mendapat manfaat besar daripada Kerajaan Persekutuan. Walaupun tidak menamakan secara spesifik, kenyataan Perdana Menteri itu merujuk kepada dakwaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini yang dikatakan malu mengaku dirinya rakyat Malaysia apabila berada di luar negara. Mukriz dalam kenyataan itu  berkata, beliau sedih apabila Malaysia hanya dikenali akibat salah laku pemimpin negara dan bukannya kerana kemajuan. Najib nada sinis berkata, individu yang mengeluarkan kenyataan itu seolah-olah lupa bahawa keluarganya sudah mendapat kemewahan daripada pelbagai projek yang diperoleh termasuk disenaraikan di kalangan orang yang terkaya di Malaysia. "Zaman saya, semua pihak mendapat manfaat termasuk dari baju merah, biru dan hijau, ini lah kerajaan kita, "Jangan tidak bangga jadi rakyat Malaysia, kalau tak bangga, macam orang Kedah kata ...

ANAK MUDA TOLAK DR M JADI PM

Image
KUALA LUMPUR: Golongan pengundi muda di negara ini dikatakan kecewa apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diterima menyertai Pakatan Harapan (PH). Keadaan itu dilihat menyebabkan golongan terbabit terutama di kawasan bandar, menganggap perkembangan politik tanah air kebelakangan ini sebagai 'meletihkan'. Portal Free Malaysia Today (FMT) dalam laporannya hari ini, memetik kenyataan seorang aktivis, Maryam Lee, yang menyebut PH mengecewakan banyak pihak apabila menerima PPBM dalam pakatan pembangkang. Selain tidak berpuas hati dengan tawaran PH terutama langkah menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri, beliau berkata, ramai anak muda turut tidak berpuas hati dengan tawaran Barisan Nasional (BN). "Saya tidak mahu Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri seterusnya," katanya ketika menjadi panel forum 'Undi Rosak: Kau Nak Apa Sebenarnya' di sini, malam tadi. Maryam mendakwa, kempen #UndiRosak yang digerakkan di laman...

SAYAP PPBM KOTA MELAKA RAPUH DAN HANYA BERKEPENTINGAN PERIBADI -HARYATY

Image
Haryaty Hamdzah, Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka bersama bekas Setiausaha PPBM Kota Melaka yang dipecat. Dalam perbincangan kami tadi, saya rumuskan: 1. Kepimpinan PPBM dikawasan ini bukan berminat untuk menjaga kebajikan rakyat / mengambil tahu hal rakyat sebaliknya berminat untuk menjadi YB Kawasan! 2. Krisis kewangan  yang dialami oleh beberapa pemimpin diperingkat pusat / mahu pun kawasan membataskan pergerakan mereka. Mereka bukan sahaja tidak dibantu, tetapi seperti tiada tempat untuk mengadu. 3. Struktur rapuh - “Asal boleh”. Struktur sayap2 tidak mantap dengan banyaknya perletakan jawatan dan di “pecat” oleh ketua. Walaupun begitu, mereka pura-pura bersatu demi menunjukkan kesepakatan mereka kepada rakyat... InsyaAllah jika kena gayanya, berkubur PPBM ini nanti.. 25 Jan 2018 Sumber FB:- Haryaty Hamdzah https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155054391282097&id=624487096

DIVA AA LAPOR POLIS DAKWAAN SKANDAL SEX ABANGNYA.

Image
Selebriti kontoversi Azwan Ali atau Diva AA hari ini membuat laporan polis bagi menyiasat dakwaan skandal seks membabitkan abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti yang didakwa sebuah blog baru-baru ini. Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira jam 3 petang semalam. “Saya buat laporan polis ini kerana kes ini perlu dibersihkan apatah lagi melibatkan nama Azmin Ali dan isterinya. “Ini maruah seorang pemimpin, ini bukan skandal seks artis tetapi skandal seks pemimpin nombor satu Selangor. “Saya tak tuduh dia (Azmin) buat skandal seks tetapi laporan polis saya hari ini menjurus kepada dua spesifikasi iaitu kepada tertuduh dan yang membuat tuduhan (blog terbabit),” kata Azwan kepada wartawan selepas membuat laporan polis tersebut. "Kalau betul ada bukti sila ke depan sebab kita nak keadilan dan juga saya cabar isteri orang itu untuk bersemuka dengan saya, apa masalah kau,” kata Azwan.

LAUNGAN AZAN ANAK UNTUK AYAH. SAMA-SAMA KITA DOAKAN SEMOGA AYAHNYA CEPAT SEMBUH.

Image
USAHA kanak-kanak ini melaungkan azan setiap hari sejak tiga tahun lalu untuk bapa tercinta yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya sangat meruntun jiwa siapa saja yang melihat kegigihannya, Sama2 kita baca:  As-alulloohal 'adziima robbal'arsyil 'adziimi ayyu-'aafiyaka wa-yusyfiyaka. Ertinya : Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung. Pemilik Arsy yang Maha Agung supaya Dia memberimu kesejahteraan dan menyembuhkan mu.  Selain berdoa, kanak-kanak itu, Raden Nabil Zakiyudin R Zakariya, 11, atau mesra dipanggil Nabil akan melaungkan azan setiap hari sebagai salah satu usaha untuk menyembuhkan bapanya, R Zakariya R Abdul Hamid, 51, yang mengalami kerosakan saraf selepas dilanggar sebuah kereta. Bagi Nabil, apalah sangat usaha kecil dilakukan berbanding dengan pengorbanan bapa membesarkannya selama ini. Rutin harian itu dilakukan setiap kali Nabil pulang dan pergi ke sekolah dengan harapan bapanya mampu bangun untuk menemaninya solat jemaah di masji...

DEWAN ORANG RAMAI TELOK GONG TIDAK DI JAGA DENGAN BAIK. APA KERAJAAN NEGERI DAN PBT BUAT.

Image
25 Jan 2018 Pelabuhan Klang - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang, Dato Sheikh Rajesh Dato Sri Sheikh Ahmad hari ini bersama penduduk-penduduk Kampung Hamid Tuah Telok Gong hadir ke Dewan orang ramai kampung Hamid Tuah melihat sendiri dewan tersebut yang di tinggalkan pihak berkaitan selepas mereka ini menghalang penggunaannya selama ini. Dahulunya, dewan tersebut banyak di gunakan oleh penduduk dan belia kampung untuk aktiviti-aktiviti kampung seperti riadah, futsal, sepak takraw dan gotong royong tetapi hari ini dewan tersebut menjadi uzur dan daif. Ini kerana dewan telah di ambil alih oleh pihak berkaitan dan mempolitikan dewan tersebut sehingga hari ini. Akhirnya di biarkan begitu sahaja tanpa penjagaan dan menjadi dewan terbiar. Di mana hak orang ramai atau penduduk kampung untuk menggunakan kemudahan dewan dan padang futsal tersebut. Adakah ini yang Kerajaan Negeri Selangor banggakan. Kenapa Pihak Majkis Perbandaran Klang (MPK) masih membiarkan keadaan Dewan terse...

Akmar Hisham menyampaikan salam takziah daripada Perdana Menteri kepada seluruh keluarga Allahyarham Ahmad Fakhrurazi.

Image
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles, mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini menziarahi keluarga Allahyarham Timbalan Ketua Cawangan UMNO Kuala Ibai, Ahmad Fakhrurazi Shafie, 45, yang meninggal dunia akibat sesak nafas ketika menyelamatkan anaknya dalam kebakaran, 11 Disember lalu. Datuk Akmar Hisham turut menyampakan bantuan kepada balu Allahyarham iaitu Tengku Mastura Tengku Mohamad, 37, dan anak-anaknya Siti Anija Nadhirah, 15, Siti Alesya Wahida, 11 , Siti Afika Zafirah, 7, dan Mohd Akil Harif, 3. Beliau turut menyampaikan salam takziah daripada Perdana Menteri kepada seluruh keluarga Allahyarham Ahmad Fakhrurazi. #MediaAzleeKlang     Beliau tiba di kediaman keluarga Allahyarham di kampung Gong Pauh, Kuala Ibai, jam 6.00 petang tadi. Ketika ditemui Datuk Akhmar menyifatkan Allahyarham seorang yang sangat baik dan banyak berjasa kepada parti Barisan Nasional dan UMNO. Sementara itu Pengeru...

NAJIB AMBIL BERAT ISU 1MDB

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau tidak ‘lepas tangan’ dalam menangani isu kontroversi berkaitan 1MDB. Ini kerana beliau menyedari 1MDB digunakan dalam kempen sabotaj untuk kepentingan politik sesetengah pihak kononnya ekonomi negara ini teruk. “Sekarang, saya tak  ‘melupakan’ isu ini (1MDB). Memang ada kesilapan dalam syarikat ini dan kecuaian dalam tata kelolanya,” ujarnya dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2018. Menurut Najib, atas dasar ambil berat, beliau mengarahkan satu siasatan menyeluruh dan komprehensif dalam sejarah di dunia korporat Malaysia berhubung kes 1MDB yang melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan dan Jawantakuasa Kira-Kira Wang Negara. “Keputusan mereka diambilkira dan lembaga pengarah dihentikan, pasukan pengurusan ditukar dan operasinya dinilai semula,” katanya yang juga Menteri Kewangan. Selain itu, aset 1MDB juga dikenakan langkah rasionalisasi dan mengambil langkah agresif mengurangkan beban hutang sebanya...

JUALAN IKAN MURAH PADA 27 JAN 2018 DI JALAN PAHANG KLUMPUR.

Image
JEMPUT SEMUA WARGA #KUALALUMPUR JALAN PAHANG DAN SEKITARNYA. #Share Penjualan Ikan Dengan Harga Patut Berbeza Dengan Harga Pasaran. Tarikh    : 27 JANUARI 2018 (SABTU) Masa     : 9.00 PAGI HINGGA SELESAI Tempat :  PERKARANGAN TAPAK LETAK KERETA, RESTORAN GABUNGAN NGO 1 MALAYSIA , NO. 30 JALAN PAHANG, TITIWANGSA 53300 KUALA LUMPUR (RESTORAN JAMUAN RAKYAT MAKAN PERCUMA) Senarai Harga Ikan Yang Dijual : Ikan Kembung - RM5 Sekilo Ikan Cencaru   - RM5 Sekilo Ikan Selayang (Sardin) - RM5 Sekilo Ayam Biasa -RM10 seekor Ayam Pencen -RM6 seekor Gas Isian Semula - RM20 (bagi 14Kg Sahaja) Petai / Telor / DLL Sarapan PERCUMA turut disediakan. Ikhlas dari Dato Sri Jamal Yunos Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. Semua Di Jemput Hadir.  #JelajahSelangor #IkanMurah #DSJY #JamalYunos #BantuRakyat #Selangor #AkanDatang 03 Februari 2018 Pejabat Adun Kota Damansara

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Image
Doktor bengang pramugari Malaysia nampak seluar dalam WELLINGTON - NEW ZEALAND. Seorang doktor dilaporkan menulis surat kepada seorang senator di Malaysia dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap etika pemakaian pramugari sebuah syarikat penerbangan tempatan. News.com.au mengatakan Dr June Robertson 'jijik' melihat pramugari syarikat penerbangan tersebut yang didakwanya terlalu pendek. Dia yang sering berulang-alik ke Malaysia menerangkan butiran beberapa kejadian secara teliti dalam surat tersebut. "Saya boleh nampak seluar dalam seorang pramugari yang sedang membongkok di KLIA 2. Sangat teruk!" kata Robertson. Dalam kejadian lain, blaus seorang pramugari didapati terbuka luas sehingga menampakkan buah dada semasa wanita tersebut menunduk untuk menyediakan makanan. "Saya bengang dan minta dia tutup jaket," kata Robertson. Robertson menegaskan, dia suka kepada Malaysia kerana rakyatnya berpakaian sopan. "Merujuk kepada pakai...

PM LANCARKAN SYILLING EMAS KHAS SULTAN SELANGOR

Image
22 Jan 2018. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mencemar duli melancarkan produk jongkong emas tulen keluaran syarikat Demi Idaman Sdn. Bhd. Sultan Selangor turut berkenan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Demi Idaman Sdn. Bhd dengan SIRIM dan syarikat, PX Precinox SA dari Switzerland. Turut berangkat mengiringi baginda, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah. Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Hadir sama, Pengerusi Demi Idaman Sdn. Bhd., Datuk Salehuddin Saidin dan Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM, Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani. Pada majlis itu, Perdana Menteri melancarkan syiling emas khas Sultan Selangor. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu usaha berterusan dilakukan agar industri pe...

PROGRAM BANTU RAKYAT IKAN MURAH DI SEKINCHAN SETIAP AHAD.

Image
Program Jelajah Jualan Ikan Murah harga patut di Perkarangan Sekin Resort Sekinchan Selangor pada setiap hari ahad mendapat sambutan baik dan melegakan warga Sekinchan. Jelajah yang di ilham kan oleh Dato Sri Jamal Md Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan membantu warga sekinchan dan berdekatan di situ. Rata-rata jualan ikan, ayam, beras dan tong gas serta jualan-jualan lain agak murah dengan harga patut. Ikan Kembung - RM5 Sekilo Ikan Cencaru   - RM5 Sekilo Ikan Selayang (Sardin) - RM5 Sekilo Ikan Mambong - RM5 Sekilo Beras 5Kg -RM10 Ayam (Biasa) -RM10 Seekor Ayam  (pencen) - RM6 Seekor Ayam (Kampung) - RM13 Seekor Gas Isian Semula - RM20 (bagi 14Kg Sahaja) Petai seikat RM 5 Telor ikut Gred. Timun/Cili/Kobis dll Di sediakan juga sarapan pagi secara percuma buat pengunjung-pengunjung. Program yang telah berjalan hampir 3 bulan ke 4 bulan ini di resort sekinchan ini senantiasa di penuhi dengan pengunjung...