PROGRAM BANTU RAKYAT IKAN MURAH DI SEKINCHAN SETIAP AHAD.

Program Jelajah Jualan Ikan Murah harga patut di Perkarangan Sekin Resort Sekinchan Selangor pada setiap hari ahad mendapat sambutan baik dan melegakan warga Sekinchan. Jelajah yang di ilham kan oleh Dato Sri Jamal Md Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan membantu warga sekinchan dan berdekatan di situ. Rata-rata jualan ikan, ayam, beras dan tong gas serta jualan-jualan lain agak murah dengan harga patut. Ikan Kembung - RM5 Sekilo Ikan Cencaru - RM5 Sekilo Ikan Selayang (Sardin) - RM5 Sekilo Ikan Mambong - RM5 Sekilo Beras 5Kg -RM10 Ayam (Biasa) -RM10 Seekor Ayam (pencen) - RM6 Seekor Ayam (Kampung) - RM13 Seekor Gas Isian Semula - RM20 (bagi 14Kg Sahaja) Petai seikat RM 5 Telor ikut Gred. Timun/Cili/Kobis dll Di sediakan juga sarapan pagi secara percuma buat pengunjung-pengunjung. Program yang telah berjalan hampir 3 bulan ke 4 bulan ini di resort sekinchan ini senantiasa di penuhi dengan pengunjung...