UMNO kini digelar gila kuasa pulak? Ini Penjelasan Najib

UMNO kini digelar gila kuasa pulak? Ada yang sokong dan ada yang kritik kenyataan UMNO semalam untuk pertimbangkan sokongan pada kerajaan PN dan meletakkan syarat. Keputusan ini adalah keputusan sebulat suara Biro Politik UMNO dan disokong oleh semua ketua perhubungan setiap negeri. Sememangnya pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan membuat keputusan yang tidak mengambil kira suara akar umbi. Jika akar umbi tak mahu, pemimpin UMNO tidak akan membuat keputusan. Walaupun saya bukan lagi ahli Biro Politik UMNO atau ketua perhubungan mana-mana negeri (dan tidak hadir mesyuarat tersebut), saya ingin memberi pendapat saya. Semasa PM7 letak jawatan secara mengejut, pendirian UMNO masa itu ialah untuk pilihan raya umum diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik masa itu. Namun, Majlis Raja-raja tidak bersetuju dan kita diminta untuk memberi sokongan untuk mewujudkan kerajaan PN. Di sebalik kegembiraan bahawa kerajaan PH sudah tumbang, ramai penyokong dan akar umbi UMNO masa itu juga membantah kit...