Posts

Showing posts with the label #ppbm #tunm #anakmuda #ph #pkr #dap #selangor #malaysia #najibrazak #viral

ANAK MUDA TOLAK DR M JADI PM

Image
KUALA LUMPUR: Golongan pengundi muda di negara ini dikatakan kecewa apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diterima menyertai Pakatan Harapan (PH). Keadaan itu dilihat menyebabkan golongan terbabit terutama di kawasan bandar, menganggap perkembangan politik tanah air kebelakangan ini sebagai 'meletihkan'. Portal Free Malaysia Today (FMT) dalam laporannya hari ini, memetik kenyataan seorang aktivis, Maryam Lee, yang menyebut PH mengecewakan banyak pihak apabila menerima PPBM dalam pakatan pembangkang. Selain tidak berpuas hati dengan tawaran PH terutama langkah menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri, beliau berkata, ramai anak muda turut tidak berpuas hati dengan tawaran Barisan Nasional (BN). "Saya tidak mahu Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri seterusnya," katanya ketika menjadi panel forum 'Undi Rosak: Kau Nak Apa Sebenarnya' di sini, malam tadi. Maryam mendakwa, kempen #UndiRosak yang digerakkan di laman...