KEMAMPUAN KERAJAAN KEMUDI EKONOMI NEGARA DAPAT PERHATIAN AGONG
KUALA LUMPUR,.Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menzahirkan penghargaan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas usaha membangunkan Malaysia melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk di bidang ekonomi. Seri Paduka bertitah pembangunan dan kemajuan negara berjalan dengan baik dan hasilnya dinikmati rakyat susulan komitmen dan sumbangan semua pihak dalam menjamin keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara. “Terima kasih kepada kerajaan perdana menteri yang menggembleng tenaga bagi membangunkan negara Malaysia yang tercinta,” titah Seri Paduka pada istiadat pembukaan Penggal Keenam, Parlimen ke-13 di sini hari ini. Kemampuan kerajaan pimpinan Najib mengemudi urusan ekonomi negara mendapat perhatian khusus Seri Paduka. “Beta bersyukur walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global, namun kerajaan kekal fokus serta dan komited melaksanakan dasar-dasar transformasi fiskal serta pengurusan ekonomi dan kewangan negara secara berh...