UMNO TUNDA PERHIMPUNAN AGUNG SEHINGGA MEI/JUN 2021

Penangguhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2020 kerana pandemik Covid-19 Adalah dimaklumlan bahawa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan kerana wabak Covid-19. Fasal 8.2 Perlembagaan UMNO yg dirujuk berbunyi “Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu”. Fasal 8.2 Perlembagaan ini dibaca bersama Perkara 5.4 Peraturan Persidangan yang berbunyi “Tarikh Perhimpunan Agung, tarikh Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan tempoh Persidangan Cawangan adalah ditentukan oleh Majlis Tertinggi” Tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2019 ialah pada 6 & 7 Dis 2019. Maka 18 bulan selepas itu ialah selewatnya pada 5 Jun 2021. Oleh itu dipersetujui bahawa tarikh Mesyuarat Perwakilan Bahagian ialah pada Mac/April 2021 dan Perhimpunan Agung 2020 pada Mei/awal Jun 2021. Tarikh yang ...