PM INGATKAN RAKYAT JANGAN BERSIKAP AMBIL MUDAH-TERUS MENYOKONG BARISAN NASIONAL.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat negara ini bahawa mereka tidak seharusnya bersikap mengambil mudah dengan suasana negara aman serta politik stabil yang dikecapi hari ini sehingga sewenang-wenang ingin menukar kerajaan. "Kita tidak boleh 'take for granted' (ambil mudah) hal keamanan ini. Dulu bila kita berdepan dengan ancaman komunis, bila kita nakkan kemerdekaan kita tahu nilai kemerdekaan dan keamanan. "Kita tidak boleh 'take for granted' (ambil mudah) hal keamanan ini. Dulu bila kita berdepan dengan ancaman komunis, bila kita nakkan kemerdekaan kita tahu nilai kemerdekaan dan keamanan. “Tetapi bila negara sudah aman, harmoni selama ini, kadang-kadang kita lupa, kita ambil mudah. Ada kala kita merasakan bahawa tak susah, kita boleh tukar kerajaan, tak ada masalah, katanya yang dipetik Bernama ketika berucap di hadapan lebih 10,000 penduduk Nabawan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Pekan Nabawan, Pensiangan h...