Posts

Showing posts with the label #BarisanNasional #Selangor #Spr #nohomar #pru14 #umno

BN SELANGOR KECEWA DENGAN SPR YANG TUNDUK DENGAN KEMAHUAN KERAJAAN NEGERI.

Image
20 Jan 2018. Barisan Nasional Selangor melahirkan rasa kecewa terhadap Suruhanjaya pilihan Raya (SPR) yang dilihat seolah-olah tunduk kepada kemahuan kerajaan negeri dalam pameran persempadanan semula buat kali kedua yang diadakan di negeri itu. Ujar Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, BN Selangor juga merasakan cadangan persempadanan semula negeri syor pertama lebih adil kerana kajian yang telah dibuat lebih mendalam. Beliau bercakap pada sidang media yang diadakan di bangunan UMNO Selangor, malam tadi. Syor terhadap bantahan turut dipersetujui sebulat suara parti komponen BN yang lain seperti MCA, MIC dan Gerakan pada mesyuarat yang diadakan Rabu lalu.  Hasil daripada perbincangan dengan pimpinan BN, masing-masing bersetuju dan mendapati hanya enam Parlimen sahaja yang terlibat mengikut cadangan syor persempadanan pertama. Enam Parlimen terbabit ialah kawasan Parlimen Tanjung Karang,  Kuala Selangor, Gombak,  Ampang, Kua...