BN SELANGOR KECEWA DENGAN SPR YANG TUNDUK DENGAN KEMAHUAN KERAJAAN NEGERI.


20 Jan 2018.

Barisan Nasional Selangor melahirkan rasa kecewa terhadap Suruhanjaya pilihan Raya (SPR) yang dilihat seolah-olah tunduk kepada kemahuan kerajaan negeri dalam pameran persempadanan semula buat kali kedua yang diadakan di negeri itu.

Ujar Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, BN Selangor juga merasakan cadangan persempadanan semula negeri syor pertama lebih adil kerana kajian yang telah dibuat lebih mendalam.

Beliau bercakap pada sidang media yang diadakan di bangunan UMNO Selangor, malam tadi.

Syor terhadap bantahan turut dipersetujui sebulat suara parti komponen BN yang lain seperti MCA, MIC dan Gerakan pada mesyuarat yang diadakan Rabu lalu. 

Hasil daripada perbincangan dengan pimpinan BN, masing-masing bersetuju dan mendapati hanya enam Parlimen sahaja yang terlibat mengikut cadangan syor persempadanan pertama.

Enam Parlimen terbabit ialah kawasan Parlimen Tanjung Karang,  Kuala Selangor, Gombak,  Ampang, Kuala Langat , dan Sabak Bernam. Manakala kawasan Sungai Besar dilihat tiada perubahan.

Sementara itu, di 12 kawasan Parlimen yang lain walaupun ada perubahan ianya dilihat tidak sesuai dilakukan pada masa kini.

Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur pada Disember 2017, membenarkan SPR meneruskan persempadanan semula di negeri Selangor sekaligus mengekalkan keputusan yang dibuat.

Mahkamah rayuan memberikan kebenaran itu dengan kemenangan 2-1 yang memihak kepada SPR.

Pada 19 Oktober 2016, Kerajaan Selangor memfailkan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh bagi memohon agar notis urusan persempadanan semula dibatalkan.

Kerajaan Selangor mendakwa ia melanggar perlembagaan persekutuan dalam menetapkan persempadanan baharu kawasan pilihanraya.

Comments

Popular posts from this blog

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil