Posts

Showing posts with the label #azeezrahim #limguaneng #fitnah #isuterowong #pulaupinang

NAJIB CADANGKAN PENGELUARAN KWSP "ONE-OFF" SEHINGGA RM10,000 AKAUN 1

Image
Semasa krisis Covid mula melanda, saya pernah cadangkan kerajaan benarkan pencarum keluarkan duit dari akaun 2 KWSP sebagai salah satu usaha membantu rakyat dan merancakkan ekonomi tempatan semasa Covid. Masa itu, kerajaan telah sambut dan melaksanakannya sebagai program i-Lestari dalam pakej Prihatin. Kini ada banyak permintaan untuk kerajaan membenarkan keluaran "one-off" sehingga RM10,000 dari akaun 1 KWSP bagi kegunaan mendesak. Saya rasa permohonan ini boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran "one-off" ini dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi memulih - tidak termasuk caruman bulanan biasa. Namun, saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbanding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua kita selepas bersara. Sebab itu, jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan mendesak. NOTA:  Saya cadangkan syarat a...

ISU TEROWONG : AZEEZ BERI LIM GUAN ENG TEMPOH 4 HARI UNTUK MOHON MAAF

Image
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diberi tempoh empat hari untuk menarik balik kenyataan fitnah mengaitkan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim terlibat menerima rasuah sebanyak RM3 juta daripada Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd. Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling juga menuntut Guan Eng membersihkan nama beliau menerusi permohonan maaf secara terbuka di semua media arus perdana berdasarkan kontraktor terowong dasar laut itu telah menafikan beliau terlibat. “Saya beri beliau empat hari untuk meminta maaf menarik balik dan meminta maaf secara terbuka dalam semua media perdana serta saya minta beliau untuk tidak mengulangi kata-kata fitnah terhadap diri saya. “Saya mohon beliau di mana dapat maklumat berkaitan dengan surat peguam Zenith pada 23 Februari lalu, sebelum saya terima surat tuntutan itu, mereka sudah menularkan perkara tersebut,” katanya pada sidang media di bilik media Parlimen, hari ini. Beliau mengulas laporan TV3 malam semalam mendedahkan Guan ...