DESAS DESUS TAN SRI SHAHRIZAT BERTANDING DI PARLIMEN SUNGAI BESAR PADA PRU14.

Berhubung desas desus yang mengaitkan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil akan membuat kemunculan semula dengan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar pada PRU14 kali ini, beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO melahirkan penghargaan kerana sering mengaitkan namanya bertanding di beberapa tempat. Beliau membayangkan sedia bertanding di mana-mana kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Walau bagaimanapun Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) itu menjelaskan segala keputusan berhubung status politik beliau terletak kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak untuk memutuskannya. ”Sebenarnya ini bukan urusan saya, segala pertimbangan mengenai kedudukan saya terletak di tangan Pengerusi BN. ”Kita sebagai orang politik mesti bersedia untuk menghadapi segala-galanya, tetapi semua terpulanglah kepada Perdana Menteri,” katanya kepada media hari ini. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan sempena Tahun baru Cina 2018 kepada 125 warga emas wanita ...