Posts

Showing posts with the label #jamalyunos #jualanmurah #jelajahselangor #selangor #kualalumpur #ikankembung #sungaibesar

3000 HADIR KE JUALAN IKAN MURAH DI JLN PAHANG KLUMPUR.

Image
Program Jualan Ikan Harga Patut anjuran Gabungan NGO Malaysia dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) yang berlangsung di Jalan Pahang, di sini mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 3,000 pengunjung. Bermula pada pukul 9 pagi, rata-rata pengunjung yang terdiri daripada masyarakat setempat mula membanjiri Medan Letak Kereta Restoren Gabungan NGO 1 Malaysia untuk membeli empat jenis ikan ‘rakyat’ dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga pasaran. Seorang daripada pembeli, Saidin Bahri, 61, berkata, dia mula beratur pada pukul 8 pagi untuk membeli ikan kembung, ikan cencaru dan ikan sardin dengan harga cuma RM5 sekilo. “Harga yang ditawarkan memang sangat murah dan membantu golongan yang berpendapatan sederhana di bandar berjimat. “Inisiatif yang dilakukan oleh Datuk Seri Jamal Md. Yunos ini sangat membantu masyarakat setempat dan saya berharap ia diteruskan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di progran itu, di sini, hari ini. Program itu...