KERAJAAN KOMITED UNTUK MEMASTIKAN PROTON PULIH DAN MENEMPA NAMA DI PERSADA DUNIA -PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan di bawah pimpinannya akan memulih dan memajukan Proton sehingga menempa nama di persada dunia. Beliau berkata kerajaan komited untuk memastikan Proton dan Bandar Tanjung Malim tidak lenyap, sebaliknya menempa zaman yang lebih cemerlang. Katanya berdasarkan kajian dijalankan oleh pihak kerajaan, masalah yang menimpa syarikat berkenaan adalah disebabkan model ekonomi berpaksikan semangat nasionalisme, bukannya global. "Oleh kerana ada campur tangan politik dalam pentadbiran Proton, kita rasakan kita tidak akan biarkan Proton lenyap tetapi Proton perlukan sokongan dan dokongan kerajaan untuk dipulihkan. "Kerajaan pimpinan saya akan pulihkan semula dan sebab itu, kalau ada orang kata kita tidak tolong, ia merupakan pendustaan. Kita bagi suntikan modal dan insentif," katanya ketika berucap melancarkan Kluster Automotif Nasional @ Proton City di sini, hari ini. Pelan pembangunan kluster berkenaan ...