LAUNGAN AZAN ANAK UNTUK AYAH. SAMA-SAMA KITA DOAKAN SEMOGA AYAHNYA CEPAT SEMBUH.

USAHA kanak-kanak ini melaungkan azan setiap hari sejak tiga tahun lalu untuk bapa tercinta yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya sangat meruntun jiwa siapa saja yang melihat kegigihannya, Sama2 kita baca: As-alulloohal 'adziima robbal'arsyil 'adziimi ayyu-'aafiyaka wa-yusyfiyaka. Ertinya : Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung. Pemilik Arsy yang Maha Agung supaya Dia memberimu kesejahteraan dan menyembuhkan mu. Selain berdoa, kanak-kanak itu, Raden Nabil Zakiyudin R Zakariya, 11, atau mesra dipanggil Nabil akan melaungkan azan setiap hari sebagai salah satu usaha untuk menyembuhkan bapanya, R Zakariya R Abdul Hamid, 51, yang mengalami kerosakan saraf selepas dilanggar sebuah kereta. Bagi Nabil, apalah sangat usaha kecil dilakukan berbanding dengan pengorbanan bapa membesarkannya selama ini. Rutin harian itu dilakukan setiap kali Nabil pulang dan pergi ke sekolah dengan harapan bapanya mampu bangun untuk menemaninya solat jemaah di masji...