MANA JANJI MANIFESTO PR SELANGOR MENAIKAN GAJI GURU KAFA?

Mana gaji minimum guru KAFA di Selangor? Janji yang ditabur dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) ketika itu tidak dilaksanakan. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak termakan dengan janji manis dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan pada konvensyen parti itu Ahad lalu Aktivis politik propembangkang, Khalid Mohd Ismath ketika menyarankan nasihat itu berkata, apa yang dilakukan oleh PH menerusi manifesto terbaharunya tidak lebih sebagai usaha untuk meraikan sokongan rakyat. Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) menjelaskan, apa yang diingatinya, kerajaan PR Selangor ketika itu berjanji akan menaikkan gaji minimum guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) sebanyak RM1,500 sebulan, tetapi setelah lima tahun berlalu, ia tidak dilaksanakan. “Saya memang dari dulu tak pernah percaya manifesto Pakatan. Yang PRU lepas (PRU 13) punya pun masih tak dapat dilaksanakan lagi. “Gaji minima R...