MANA JANJI MANIFESTO PR SELANGOR MENAIKAN GAJI GURU KAFA?





Mana gaji minimum guru KAFA di Selangor?

Janji yang ditabur dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) ketika itu tidak dilaksanakan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak termakan dengan janji manis dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan pada konvensyen parti itu Ahad lalu

Aktivis politik propembangkang, Khalid Mohd Ismath ketika menyarankan nasihat itu berkata, apa yang dilakukan oleh PH menerusi manifesto terbaharunya tidak lebih sebagai usaha untuk meraikan sokongan rakyat.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) menjelaskan, apa yang diingatinya, kerajaan PR Selangor ketika itu berjanji akan menaikkan gaji minimum guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) sebanyak RM1,500 sebulan, tetapi setelah lima tahun berlalu, ia tidak dilaksanakan.


“Saya memang dari dulu tak pernah percaya manifesto Pakatan. Yang PRU lepas (PRU 13) punya pun masih tak dapat dilaksanakan lagi.

“Gaji minima RM1,500 yang dijanji kepada guru KAFA di Selangor, mana?” soal beliau menerusi status yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya

Kerana janji itu juga, pada April 2015 sekumpulan guru KAFA diketuai Ekhsan Bukharee Badarul Hisham telah dihalang daripada memasuki Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Shah Alam, untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Susulan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak memecatnya, dengan alasan prestasi pengajaran dan pembelajaran guru itu mendapat markah rendah, bukan berkaitan dengan isu provokasi yang dilakukan Ekhsan Bukharee.


Guru KAFA gesa kerajaan Selangor tunai janji naik gaji
Diterbitkan pada: April 09, 2015 
www.astroawani.com/video-malaysia/guru-kafa-gesa-kerajaan-selangor-tunai-janji-naik-gaji-54825

Comments

Popular posts from this blog

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil