PM LANCARKAN SYILLING EMAS KHAS SULTAN SELANGOR
22 Jan 2018. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mencemar duli melancarkan produk jongkong emas tulen keluaran syarikat Demi Idaman Sdn. Bhd. Sultan Selangor turut berkenan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Demi Idaman Sdn. Bhd dengan SIRIM dan syarikat, PX Precinox SA dari Switzerland. Turut berangkat mengiringi baginda, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah. Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Hadir sama, Pengerusi Demi Idaman Sdn. Bhd., Datuk Salehuddin Saidin dan Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM, Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani. Pada majlis itu, Perdana Menteri melancarkan syiling emas khas Sultan Selangor. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu usaha berterusan dilakukan agar industri pe...