Posts

Showing posts with the label #azminali #selangor

3,000 BURGER PERCUMA SEMPENA TAHUN BARU CINA DI SEKINCHAN PADA 16 FEB 2018 -JAMAL

Image
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato Sri Jamal Md Yunos akan mengedarkan  3,000 Burger PERCUMA  di Pekan Sekinchan buat semua pengunjung-pengunjung dan warga Sekinchan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina buat yang hadir pada hari tersebut. Tarikh dan waktu seperti berikut,... TARIKH  : 16 FEBRUARI 2018 (JUMAAT) MASA     : BERMULA JAM 4.00 PTG HINGGA SELESAI TEMPAT : PEKAN SEKINCHAN, SELANGOR. Semua Di Jemput Hadir. #Share "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA"

AZMIN ALI SABOTAJ PAKATAN PEMBANGKANG.

Image
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, didakwa cuba mensabotaj pakatan pembangkang di Selangor. Ia susulan percakaran antara Menteri Besar Selangor itu dengan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) berhubung pembahagian kerusi pembangkang di negeri terbabit bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu, menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya semalam, membidas Mohamed Azmin serta mempersoalkan tindakannya yang menuduh pemimpin PAN sebagai menipu. Dalam ruangan komen status sama, Ronnie turut mendakwa Mohamed Azmin sebagai menipu, selain mengaku menolak Ahli Parlimen Gombak itu sebagai pemimpin pembangkang. "Tolak MB min (Mohamed Azmin) bukan tolak PKR. Tolak PAS bukan tolak Islam. "Tolak MB min kerana dia sabotaj PH (Pakatan Harapan). MB min yang kata Amanah (PAN) menipu. Sebenarnya dia yang menipu," katanya. Kelmarin, Mohamed Azmin membidas PAN dan menuduh parti sekutunya itu tid...

APA NIAT AZMIN ALI.

Image
Nampaknya Menteri Besar Selangor Datuk Azmin telah memulakan perang psikologi menjelang Pilihanraua Umum ke 14 (PRU14) yang di jangka tidak lama lagi. Tetapi, peliknya perang itu seolah-olah dihalakan pula kepada rakan seperjuangannya sendiri dalam pakatan harapan yang di ketui DAP. Menerusi akaun twitter Timbalan Presiden PKR itu, Mohammad Azmin  menulis " Saya sedia memberi laluan kepada Tun @chedetofficial (Dr. Mahathir Mohamad) di Parlimen Gombak sekiranya dipersetujui oleh keadilan (PKR). Mari membingkai muafakat demi rakyat". Mungkin ramai bertanggapan tidak ada yang silap dengan tweet itu, namun kenyataan ringkas Mohammed Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak itu cukup memberi makna mendalam. Lebih-lebih lagi ketika berlakunya bentakan dalam kalangan kepimpinan serta akar umbi PKR dan DAP terhadap perlantikan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan. Timbul persoalan, apakah niat sebenar Mohammed Azmin?