Posts

Showing posts with the label #tearforrohingya #negarakuprihatin #malaysia #im4u

PM IKTIRAF CYBERGAMES MALAYSIA

Image
KUALA LUMPUR: Walaupun tidak begitu memahami keseronokan di sebalik permainan alam maya atau permainan siber ini, itu tidak bermakna kerajaan pimpinan Barisan Nasional akan menolak kehendak atau aspirasi anak muda negara ini yang begitu meminati industri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus menyokong sebarang usaha yang dapat membantu perkembangan industri e-sukan di negara ini. “Cyber games ini satu jenis permainan yang mungkin generasi saya, generasi Datuk Salleh (Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak) bersama saya ni, kami tak faham sangat apa yang disukai oleh saudara-saudari sekalian. “Tetapi ini menunjukkan kita bukan jenis kerajaan yang tolak (industri E-Sukan) apabila kita tidak faham. Tapi kita mahu embrace the change, the digital economy, the fourth industrial revolution, dan inilah the new lifestyle untuk orang muda,” katanya ketika berucap merasmikan Malaysia Cyber Games 2018 (MCG20...

Perdana Menteri Lancar Misi Ketiga Negaraku Prihatin

Image
SEPANG, 22 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan misi ketiga 'Negaraku Prihatin, Misi Kemanusiaan untuk Rohingya' yang membawa muatan 56.6 tan makanan dan bantuan bekalan keperluan kepada pelarian-pelarian Rohingya yang sedang berlindung di sempadan Bangladesh-Myanmar. Najib yang tiba pada 2.10 petang di MAB Kargo turut beramah mesra dengan kru yang akan terlibat dalam misi selain memerika barangan muatan pesawat kargo diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB, Kapten Izham Ismail dan Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali serta Ketua Pegawai Eksekutif iM4U, Rudy Malik. Misi yang diselaras oleh iM4U dengan kerjasama Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk merealisasikan keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia. Muatan seberat 56.6 tan itu termasuk biskut, pad sanitari, sabun, tuala, berus gigi, lampin pakai buang, selimut dan beberapa barangan keperluan lain. Pengagi...