Posts

Showing posts with the label #jamalyunos #sungai besar #parlimen #barisannasional #umno #bn #shahrizatabdjalil #wanita #malaysia

LESEN MOTOSIKAL DAN RUMAH PERCUMA UNTUK ANAK MUDA SUNGAI BESAR -JAMAL

Image
Sungai Besar 3 March - UMNO Bahagian Sungai Besar mengumumkan berita gembira apabila memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi pemberian lesen motosikal percuma kepada ahli parti itu yang berusia 21 tahun ke atas. Dato Sri Jamal Md Yunos berkata, dana yang terkumpul itu adalah daripada sumbangan daripada rakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan korporat. “Setiap seorang kita peruntukan antara RM600 hingga RM700 dan pendaftarannya telah dibuka sejak seminggu lalu,” katanya ketika ditemui selepas lawatannya ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Simpang Lima. Jamal berkata, sebanyak 15 hingga 20 pemohon kumpulan pertama yang layak telah didaftarkan di sekolah memandu terpilih. “Selepas ini, sekolah memandu akan berurusan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk perlaksanaan program ini,” katanya. Selain menawarkan pemberian lesen percuma, Jamal turut menawarkan sebuah rumah kepada golongan belia kurang berkemampuan yang baharu berkahwin di Parlimen Sungai Besar, se...

JAMAL MAHUKAN PEMBANGUNAN PESAT PARLIMEN SUNGAI BESAR.

Image
APA GUNA JADI AHLI PARLIMEN JIKA TAK JADI MENTERI - JAMAL Pembangunan pesat Parlimen Sungai Besar hanya boleh dinikmati oleh rakyat dan pengundi di kawasan itu sekiranya Barisan Nasional (BN) meletakkan calon luar boleh menang serta berpotensi dilantik menjadi Menteri Kebinet selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Ujar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, walaupun beliau layak bertanding dan mampu memenangi kawasan itu dengan majoriti 10,800 undi, namun tiada jaminan beliau akan dilantik menjadi menteri. “Walaupun Parlimen Sungai Besar melibatkan pertandingan tiga penjuru, saya yakin boleh menang, tapi selepas PRU14, saya pasti tidak akan mendapat jawatan menteri pun. “Apa guna saya jadi Ahli Parlimen, tapi masih tidak boleh membawa pembangunan kepada masyarakat di Sungai Besar ini,” katanya dalam sesi soal jawab bersama pengamal media di sini, baru-baru ini. Sabtu lalu, Jamal sedia memberikan laluan kepada Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abd...

(VIDEO) "RED CARPET" UNTUK TAN SRI SHAHRIZAT DI SUNGAI BESAR. -DS JAMAL

Image
SUNGAI BESAR: : Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos mengalu-alukan kehadiran Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat untuk bertanding di sini. Jelasnya, perbincangan sudah dilakukan tetapi bukan secara rasmi di peringkat UMNO Sungai Besar. "Memang sudah menjadi topik perbincangan di kalangan pengundi di sini. Bagi saya, saya beri karpet merah untuk Tan Sri Shahrizat sebagai calon di sini," kata Jamal dalam satu sidang media di sini, hari ini. Mengulas lanjut, katanya beliau bersedia meminta Ahli Parlimen Budiman Zohdi untuk bertanding di DUN Sungai Panjang. "YB Budiman sememangnya pemimpin yang baik dan popular. Beliau juga wakil rakyat bagi DUN Sungai Panjang. Jika ini berlaku, kami akan meminta beliau untuk bertanding di sana," katanya. Dalam pada itu, Shahrizat melahirkan rasa teruja menerima sambutan oleh Datuk Jamal. "Jarang sekali seorang (calon) payung terjun mendapat layanan 'red carpet' dengan ikhlasnya oleh ...