NAJIB AMBIL BERAT ISU 1MDB
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau tidak ‘lepas tangan’ dalam menangani isu kontroversi berkaitan 1MDB. Ini kerana beliau menyedari 1MDB digunakan dalam kempen sabotaj untuk kepentingan politik sesetengah pihak kononnya ekonomi negara ini teruk. “Sekarang, saya tak ‘melupakan’ isu ini (1MDB). Memang ada kesilapan dalam syarikat ini dan kecuaian dalam tata kelolanya,” ujarnya dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2018. Menurut Najib, atas dasar ambil berat, beliau mengarahkan satu siasatan menyeluruh dan komprehensif dalam sejarah di dunia korporat Malaysia berhubung kes 1MDB yang melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan dan Jawantakuasa Kira-Kira Wang Negara. “Keputusan mereka diambilkira dan lembaga pengarah dihentikan, pasukan pengurusan ditukar dan operasinya dinilai semula,” katanya yang juga Menteri Kewangan. Selain itu, aset 1MDB juga dikenakan langkah rasionalisasi dan mengambil langkah agresif mengurangkan beban hutang sebanya...