ZAHID BIDAS TOMMY THOMAS
Bekas Peguam Negara semasa era pentadbiran kerajaan PH, Tan Sri Tommy Thomas dilaporkan enggan memberi kerjasama kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan kerajaan baru. Pasukan petugas khas bagi menyiasat pendedahan yang dibuat sama ada secara tidak sengaja atau secara sengaja dalam buku nya "My Story: Justice in the Wilderness". Pendedahan yang menimbulkan persoalan kemungkinan berlaku campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, Kehakiman dan Keselamatan semasa negara di bawah pentadbiran kerajaan 22 bulan. Antara alasan Tommy Thomas enggan beri kerjasama kerana jawatan Peguam Negara di bawah Perlembagaan dan pasukan petugas itu boleh menjejaskan kebebasan Pejabat Peguam Negara. Beliau turut memberi alasan Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya diberi kuasa mengikut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding bagi sesuatu kesalahan. Sebenarnya tiada siapa mahu mempertikaikan atau mempersoalkan tentang jawatan Peguam Negara di ba...