ZAHID BIDAS TOMMY THOMAS

Bekas Peguam Negara semasa era pentadbiran kerajaan PH, Tan Sri Tommy Thomas dilaporkan enggan memberi kerjasama kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan kerajaan baru.


Pasukan petugas khas bagi menyiasat pendedahan yang dibuat sama ada secara tidak sengaja atau secara sengaja dalam buku nya "My Story: Justice in the Wilderness".

Pendedahan yang menimbulkan persoalan kemungkinan berlaku campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, Kehakiman dan Keselamatan semasa negara di bawah pentadbiran kerajaan 22 bulan. 

Antara alasan Tommy Thomas enggan beri kerjasama kerana jawatan Peguam Negara di bawah Perlembagaan dan pasukan petugas itu boleh menjejaskan kebebasan Pejabat Peguam Negara.

Beliau turut memberi alasan Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya diberi kuasa mengikut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding bagi sesuatu kesalahan.

Sebenarnya tiada siapa mahu mempertikaikan atau mempersoalkan tentang jawatan Peguam Negara di bawah Perlembagaan dan juga berkenaan Perkara 145(3) mengenai kuasa budi bicara.

Apa yang rakyat mahu tahu adakah mungkin telah berlaku campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, Kehakiman dan Keselamatan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Justeru, Tommy Thomas sepatutnya bersikap lebih "gentleman" dan berani mengambil tanggungjawab terhadap kandungan buku memoirnya sendiri.

Membantu supaya kebenaran terungkai kerana sebagai bekas Peguam Negara beliau sepatutnya lebih memahami "justice" adalah tentang kebenaran.

Seperti saya pernah katakan negara perlukan jawapan kepada segala persoalan disebalik pendedahan menerusi buku tersebut kerana ia melibatkan maruah serta keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. 

Persoalan yang terungkai malah berpotensi menjawab kepada lebih banyak persoalan kepada apa yang berlaku selepas tarikh 9 Mei 2018.

#pasukanpetugaskhas

#kebenaran

#bukumemoir

#campurtanganpolitik

#10Jan2022

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/460804825416771/

Comments

Popular posts from this blog

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil