Fakta sebenar National Feedlot Centre (NFC) dan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp)
Fakta sebenar National Feedlot Centre (NFC) dan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) SEPANJANG kempen Pilihan Raya Umum Ke-13, pihak pembangkang telah menggunakan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan dan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) bagi memburukkan kerajaan. Kontroversi itu timbul setelah pihak pembangkang memanipulasi Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang sebenarnya merujuk kepada kelemahan NFC semata-mata. Walaupun NFC dan NFCorp mempunyai akronim yang hampir sama, ia adalah dua entiti yang berbeza. Sebenarnya, tanggungjawab untuk menjayakan NFC bukan terletak di bahu NFCorp semata-mata sebaliknya turut melibatkan beberapa syarikat lain yang dipilih untuk membangunkan prasarana dan sebagai operator di pusat berkenaan. Masalah juga berpunca daripada kelemahan pentadbiran kerajaan ketika itu seperti yang telah ditegur dalam laporan audit termasuk pembinaan prasarana substandard dan kegagalan membangunkan pusat penye...