Posts

Showing posts from February, 2021

TAWARAN TIMBALAN PERDANA MENTERI -ISHAM JALIL

Image
  Saya mendengar ura-ura bahawa Tan Sri Muhyiddin akan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO. Ini untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang amat goyah sekarang umpama telur di hujung tanduk. Muhyiddin sedang terdesak, dia akan buat apa sahaja sekarang. Namun tawarannya ini sudah terlambat dan tidak berguna lagi. Buat apa terima jawatan TPM untuk dua tiga bulan waima setahun di mana tidak banyak perubahan yang boleh dibuat hanya untuk menyelamatkan Muhyiddin dan PPBM yang sedang tenggelam dan hampir karam. Malah untuk satu jawatan ini yang hanya untuk jangkamasa yang pendek, PPBM pastinya menuntut untuk UMNO mengorbankan banyak perkara yang tidak menguntungkan kita dalam jangkamasa sederhana, panjang atau selama-lamanya. Saya tidak rasa pemimpin-pemimpin UMNO begitu naive dan mentah untuk galak dan teruja dengan tawaran terdesak dan terlambat Muhyiddin dan PPBM ini. Dan sebelum ini juga saya telah kata, jika UMNO terima jawatan TPM ini, ia besar...

AYAH SAYA, NAJIB RAZAK vs KERAJAAN -NOORYANA NAJIB

Image
  AYAH SAYA, NAJIB RAZAK vs KERAJAAN 13 Feb 2021. Saya tidak boleh lupa hari-hari yang berlalu selepas 9 Mei 2018, hari BN kalah pilihanraya umum ke-14. Pada pagi keesokan harinya, ayah saya membaca surat khabar seperti biasa namun tajuk-tajuk utama muka depan akhbar-akhbar yang satu ketika dahulu mempromosikan visi beliau untuk negara tiba-tiba mengecam dan menghukum beliau sebagai seorang penjenayah walaupun siasatan masih belum bermula. Beberapa hari selepas itu, beberapa orang dari pihak berkuasa kerajaan telah datang mengetuk pintu rumah kami. Orang-orang ini adalah dari pihak berkuasa yang dahulunya bertanggungjawab ke atas keselamatan ayah saya namun kini mereka telah diarah untuk menyelongkar rumah kami, menyiasat dan menahan beliau. Setiap hari beliau dikacau walaupun pada bulan Ramadan. Apabila beliau keluar dari rumah untuk ke solat Terawikh, ramai anggota pihak berkuasa kerajaan dan orang-orang dengan kamera memerhati beliau dan mengerumuni kenderaan beliau seolah-olah ...

HALATUJU UMNO DAN BARISAN NASIONAL- ISHAM JALIL

Image
  Semalam dalam satu wawancara terbuka, Annuar Musa berkata dia tidak yakin UMNO boleh menang pilihanraya jika UMNO tidak bekerjasama dengan PPBM. Annuar berkata, "Sebelum hendak berkhayal, hendak ada calon Perdana Menteri, kena tanya dulu parti (UMNO) boleh menang ke tidak." Dan dia berkata lagi, "Tapi saya kena tanya pilihan raya sudah dekat ini kalau tak bersama PN hendak bersama siapa?" (Rujuk wawancara penuh di FB Sinar Harian) Saya tidak setuju dengan pemikiran sebegini. Pemikiran sebegini adalah pemikiran yang lemah, kurang keyakinan dan 'defeatist'. Sebagai seorang pemimpin, kita tidak boleh menjadi belum apa-apa sudah hilang semangat dan menyerah kalah. Isyarat dan pemikiran lemah semangat sebegini bukanlah contoh teladan yang baik kepada pengikut-pengikut kita terutama di kala masa getir. Sebaliknya kita perlu kuatkan semangat dan jatidiri, dan kita perlu pulihkan kepercayaan dan keyakinan. Pada hemat saya, Barisan Nasional baru kalah sekali dalam ...