Akmar Hisham menyampaikan salam takziah daripada Perdana Menteri kepada seluruh keluarga Allahyarham Ahmad Fakhrurazi.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles, mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini menziarahi keluarga Allahyarham Timbalan Ketua Cawangan UMNO Kuala Ibai, Ahmad Fakhrurazi Shafie, 45, yang meninggal dunia akibat sesak nafas ketika menyelamatkan anaknya dalam kebakaran, 11 Disember lalu. Datuk Akmar Hisham turut menyampakan bantuan kepada balu Allahyarham iaitu Tengku Mastura Tengku Mohamad, 37, dan anak-anaknya Siti Anija Nadhirah, 15, Siti Alesya Wahida, 11 , Siti Afika Zafirah, 7, dan Mohd Akil Harif, 3. Beliau turut menyampaikan salam takziah daripada Perdana Menteri kepada seluruh keluarga Allahyarham Ahmad Fakhrurazi. #MediaAzleeKlang Beliau tiba di kediaman keluarga Allahyarham di kampung Gong Pauh, Kuala Ibai, jam 6.00 petang tadi. Ketika ditemui Datuk Akhmar menyifatkan Allahyarham seorang yang sangat baik dan banyak berjasa kepada parti Barisan Nasional dan UMNO. Sementara itu Pengeru...