PENGGABUNGAN UEM SUNRISE DAN ECOWORLD JALAN TERBAIK DI BAWAH KHAZANAH NASIONAL.

PENGGABUNGAN UEM SUNRISE DAN ECOWORLD JALAN TERBAIK DI BAWAH KHAZANAH NASIONAL. Usaha penggabungan UEM Sunrise Bhd dengan Ecoworld Development Bhd. telah mendapat perhatian tentangan daripada sesetengah pihak yang melihat usaha penggabungan ini bersifat sia-sia dan hanya bertujuan menjamin syarikat tersebut daripada masalah kewangan. Tetapi menurut sumber, usaha penggabungan ini sebenarnya mendedahkan kedudukan kewangan UEM Sunrise. Lain dicari, lain yang dijumpai. Ketika ini, hutang UEM Sunrise kini mencecah RM3.39 bilion. Ini sekaligus meletakkan kedudukan kewangan syarikat dalam keadaan genting. Pendapatan suku kedua UEM Sunrise tahun ini turut mencatat kerugian sebanyak RM93.36 juta berbanding keuntungan sebanyak RM40.36 juta untuk suku sama 2019. Jika dibandingkan jumlah nisbah penggearan, nisbah penggearan UEM Sunrise ialah 0.48 berbanding 0.66 untuk Ecoworld. Ini memperlihatkan kedudukan kewangan Ecoworld tidaklah buruk seperti yang dijaja sesetengah pihak. Ini memandangkan syar...