PENGGABUNGAN UEM SUNRISE DAN ECOWORLD JALAN TERBAIK DI BAWAH KHAZANAH NASIONAL.
PENGGABUNGAN UEM SUNRISE DAN ECOWORLD JALAN TERBAIK DI BAWAH KHAZANAH NASIONAL.
Usaha penggabungan UEM Sunrise Bhd dengan Ecoworld Development Bhd. telah mendapat perhatian tentangan daripada sesetengah pihak yang melihat usaha penggabungan ini bersifat sia-sia dan hanya bertujuan menjamin syarikat tersebut daripada masalah kewangan.
Tetapi menurut sumber, usaha penggabungan ini sebenarnya mendedahkan kedudukan kewangan UEM Sunrise. Lain dicari, lain yang dijumpai. Ketika ini, hutang UEM Sunrise kini mencecah RM3.39 bilion. Ini sekaligus meletakkan kedudukan kewangan syarikat dalam keadaan genting. Pendapatan suku kedua UEM Sunrise tahun ini turut mencatat kerugian sebanyak RM93.36 juta berbanding keuntungan sebanyak RM40.36 juta untuk suku sama 2019.
Jika dibandingkan jumlah nisbah penggearan, nisbah penggearan UEM Sunrise ialah 0.48 berbanding 0.66 untuk Ecoworld. Ini memperlihatkan kedudukan kewangan Ecoworld tidaklah buruk seperti yang dijaja sesetengah pihak. Ini memandangkan syarikat tersebut hanya berusia enam tahun sedangkan UEM pula ditubuhkan pada tahun 1966. Janganlah dibandingkan kanak-kanak yang baru belajar menunggang basikal dengan orang dewasa.
Pemegang saham adalah Melayu di kedua-dua syarikat tersebut. Harga saham kedua-dua syarikat ini telah jatuh. Ini kisah yang sama dengan semua pemaju harta tanah. Kita tak boleh terlalu ikut perasaan. Jangan terlalu emo sehingga menjadi katak di bawah tempurung. Check lah dulu. Jangan ikut orang aje. Terus forward saja, tak pikir.
“Khazanah yang akan mengawal entiti yang digabungkan. Justeru, sebarang tuduhan bahawa Khazanah menjual syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada syarikat Cina merupakan satu tuduhan yang tidak munasabah. Tan Sri Liew dan pasukannya di Ecoworld akan bekerja untuk Khazanah dan melaporkan semua tindakan mereka kepada Khazanah.”
Nyatalah, usaha penggabungan UEM Sunrise-Ecoworld bukanlah seburuk seperti disangka. Malah jika ia dapat direalisasikan, ia bakal mengukuhkan lagi jenama hartanah Malaysia di persada dunia terutama dalam bidang hartanah. Dan jenama hartanah ini bernaung di bawah Khazanah Nasional.
Walaupun usaha penggabungan ini masih di peringkat awal, penggabungan ini bersifat menang-menang kepada kedua-dua belah pihak. Ini kerana menerusi penggabungan ini, Ecoworld boleh memajukan bank tanah yang dimiliki UEM Sunrise dengan kepakaran mereka.
Selain itu, kedua-dua entiti hartanah ini merupakan jenama hartanah antarabangsa yang dikenali ramai. Sekiranya penggabungan ini direalisasikan, ia bakal menjadikan mereka sebagai entiti pemaju hartanah terbesar di negara ini. Ia boleh mengambil dunia sebagai satu. Jadi Jangan Jadi Katak Di Bawah Tempurung Aje Lah. Kita kena buka minda kita. Ini bukan soal bangsa. Kita mesti bekerjasama untuk masa depan bersama yang lebih baik lagi.
Andainya usaha penggabungan ini direalisasikan, sumber tersebut memberi jaminan ia hanya membabitkan pertukaran saham sahaja dan bukan pertukaran wang seperti didakwa. Jadi tidak benarlah tomahan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa ‘duit rakyat’ akan digunakan bagi menyelamatkan Eco World. Tambahnya, “Khazanah Nasional Bhd akan menjadi pemegang saham majoriti dengan pegangan sekitar 43%. Manakala pemegang saham Ecoworld, Tan Sri Liew Kee Sin hanya mempunyai pegangan sekitar 8.5%.
Ini kisah benar penggabungan UEM Sunrise-Ecoworld. Insya-Allah, penggabungan ini akan menjadi realiti dan moga-moga Brand Malaysia juga jadi kenyataan. Amin.
-Sumber

Comments
Post a Comment