NAJIB CADANGKAN PENGELUARAN KWSP "ONE-OFF" SEHINGGA RM10,000 AKAUN 1

Semasa krisis Covid mula melanda, saya pernah cadangkan kerajaan benarkan pencarum keluarkan duit dari akaun 2 KWSP sebagai salah satu usaha membantu rakyat dan merancakkan ekonomi tempatan semasa Covid. Masa itu, kerajaan telah sambut dan melaksanakannya sebagai program i-Lestari dalam pakej Prihatin. Kini ada banyak permintaan untuk kerajaan membenarkan keluaran "one-off" sehingga RM10,000 dari akaun 1 KWSP bagi kegunaan mendesak. Saya rasa permohonan ini boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran "one-off" ini dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi memulih - tidak termasuk caruman bulanan biasa. Namun, saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbanding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua kita selepas bersara. Sebab itu, jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan mendesak. NOTA: Saya cadangkan syarat a...