Posts

Showing posts with the label #gaum

GAUM LAPOR POLIS-DAKWAAN CAMPURTANGAN ASING BERTUJUAN MENJATUHKAN KERAJAAN SEDIA ADA.

Image
Pengerusi GAUM, Datuk Zulkarnain Mahdar membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling dekat sini bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang. Katanya, laporan polis itu dibuat bukan sahaja setelah pihaknya memperoleh maklumat mengenai campur tangan asing malah modus operandi yang menggunakan media asing untuk mengeluarkan berita fitnah terhadap kerajaan. "Pada 11 Mac lepas, GAUM telah menghantar surat kepada sebuah majalah di United Kingdom yang menyiarkan artikel berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan bagi mengemukakan bukti dakwaan laporan itu. "Laporan itu hanya melaporkan fitnah tanpa bukti jadi kita mahu siasatan dijalankan untuk mengetahui siapa dalang di sebalik campur tangan pihak asing ini," katanya kepada pemberita bersama 15 ahli GAUM selepas membuat laporan polis itu. Zulkarnain mendakwa kenyataan itu disiarkan oleh editor majalah The Economist yang ...