Posts

Showing posts with the label #zakatdsjy #dsjy #jamalyunos #1malaysia #negaraku #mediaazlee #tv3 #rtm #loveforlike

3,000 BURGER PERCUMA SEMPENA TAHUN BARU CINA DI SEKINCHAN PADA 16 FEB 2018 -JAMAL

Image
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato Sri Jamal Md Yunos akan mengedarkan  3,000 Burger PERCUMA  di Pekan Sekinchan buat semua pengunjung-pengunjung dan warga Sekinchan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina buat yang hadir pada hari tersebut. Tarikh dan waktu seperti berikut,... TARIKH  : 16 FEBRUARI 2018 (JUMAAT) MASA     : BERMULA JAM 4.00 PTG HINGGA SELESAI TEMPAT : PEKAN SEKINCHAN, SELANGOR. Semua Di Jemput Hadir. #Share "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA"

Wakil Rakyat Hantar MBSA, Ganggu Program Ikan Jamal

Image
SHAH ALAM, 18 NOV - ' Program Ikan Segar Harga Patut ' di Seksyen 24 pada hari ini dikejutkan dengan kehadiran beberapa anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Menurut Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang juga penganjur untuk program itu berkata kehadiran anggota penguatkuasa terbabit bertujuan untuk mengambil tindakan keatas program yang dianjurkan kerana mendapat tentangan daripada wakil rakyat di kawasan berkenaan iaitu daripada Adun Batu Tiga, YB Puan Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Abdul Samad. Penguatkuasa MBSA yang hadir pada hari ini mengambil tindakan amaran kepada penganjur. Dalam pada itu, Jamal meluahkan perasaan kecewa terhadap tindakan yang dibuat oleh wakil rakyat berkenaan kerana program yang cukup baik ini sewajarnya perlu disokong bukannya bertindak buruk dan berbusuk hati demi mencapai kepentingan politik. " Program yang macammana mereka inginkan, mungkin kalau ...

JAMAL SASAR 5,000 ORANG SEHARI HADIR MAKAN PERCUMA TENGAHARI DI RESTORAN JAMUAN RAKYAT

Image
01 Nov 2017.. Pengerusi Gabungan NGO 1 Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini memaklumkan ingin menyasarkan 5,000 orang sehari untuk program 'Makan Tengahari Percuma' di Restoran Jamuan Rakyat, Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia, Jalan Pahang. Menurut Jamal, sebelum ini sasaran 1,000 orang sehari untuk 'Makan Tengahari Percuma' telah pun tercapai sehingga meningkat menjadi 3,000 orang sehari setelah dua minggu beroperasi. Dalam pada itu Jamal memberitahu bahawa terdapat sumbangan-sumbangan yang dihulurkan melalui rakan-rakan NGO dan juga Korporat seperti beras, minyak masak, gula, sayur, kicap dan sebagainya. " Ada juga yang menghantar sumbangan tanpa memberitahu identiti mereka, mungkin mereka tidak mahu nama mereka dikeluarkan atas sumbangan ikhlas dan sekadar menggelarkan diri mereka sebagai 'HAMBA ALLAH." " Oleh sebab perkara-perkara yang mendapat sambutan menggalakkan ini jugalah saya ingin menyasarkan s...

JAMAL LANCAR CAWANGAN BARU JAMUAN RAKYAT MAKAN PERCUMA SETIAP HARI DI SEKINCHAN

Image
25 Okt 2017 - Cawangan Baru Jamuan Rakyat Makan percuma setiap hari di lancarkan di Sekin Resort & Hotel Sekinchan hari ini. Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menegaskan, pembukaan restoran makan tengahari percuma di dua tempat di negeri ini tidak mengira sempadan dan fahaman politik. "Sesiapa saja boleh datang nikmati makan percuma...tak kira agama dan bangsa.  "Ahli DAP,  Pas, PKR dan Amanah boleh datang. Cuma yang tak boleh datang dan makan ialah Myanmar, Indonesia Bangladesh dan warga asing lain," katanya. Jamal berkata, program makan tengah hari percuma yang dilaksanakan di dua tempat setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 12 tengah hari hingga jam 2.30 petang itu dilaksanakan dengan sokongan daripada rakan NGO yang lain. Jamal juga mempelawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim untuk datang ke jamuan rakyat menikmati juadah makan tengahari percuma di Sekin Fisherm...