JAMAL SASAR 5,000 ORANG SEHARI HADIR MAKAN PERCUMA TENGAHARI DI RESTORAN JAMUAN RAKYAT





01 Nov 2017..
Pengerusi Gabungan NGO 1 Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini memaklumkan ingin menyasarkan 5,000 orang sehari untuk program 'Makan Tengahari Percuma' di Restoran Jamuan Rakyat, Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia, Jalan Pahang.


Menurut Jamal, sebelum ini sasaran 1,000 orang sehari untuk 'Makan Tengahari Percuma' telah pun tercapai sehingga meningkat menjadi 3,000 orang sehari setelah dua minggu beroperasi.


Dalam pada itu Jamal memberitahu bahawa terdapat sumbangan-sumbangan yang dihulurkan melalui rakan-rakan NGO dan juga Korporat seperti beras, minyak masak, gula, sayur, kicap dan sebagainya.


" Ada juga yang menghantar sumbangan tanpa memberitahu identiti mereka, mungkin mereka tidak mahu nama mereka dikeluarkan atas sumbangan ikhlas dan sekadar menggelarkan diri mereka sebagai 'HAMBA ALLAH."


" Oleh sebab perkara-perkara yang mendapat sambutan menggalakkan ini jugalah saya ingin menyasarkan seramai 5,000 orang sehari dan melanjutkan waktu operasi jamuan dari jam 12 Tengahari - 4 Petang."



Jamal juga memberitahu, setakat ini terdapat 16 orang sukarelawan yang membantu didalam menjayakan program terbabit dan jika ada orang ramai yang ingin membantu sama ada menjadi sukarelawan atau sumbangan turut dialu-alukan.


Pertanyaan media mengenai pandangan orang ramai yang hadir di restoran ini, terdapat 20 - 30% pengunjung yang sama berulang pada setiap hari dan mereka berpuas hati dengan kualiti makanan dan juga juadah yang disediakan oleh pengusaha.


Mengambil pandangan tentang juadah yang disediakan, Jamal memberitahu, juadah yang disediakan di Restoran ini akan berubah-ubah dan hanya menu kari ikan yang akan kekal pada setiap hari.


Jamal juga turut mengalu-alukan kedatangan kepada sesiapa sahaja tidak kira daripada apa jua fahaman politik lebih-lebih lagi kepada ahli parlimen yang sedang bersidang ketika ini juga turut dialu-alukan kedatangan ketika waktu rehat.


Jamal juga berharap kepada ahli-ahli politik supaya tidak mempolitikkan program Jamuan Rakyat ini kerana program ini ikhlas kepada sesiapa jua yang ingin menikmatinya.


Untuk makluman orang ramai Program 'Makan Tengahari Percuma' di Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia / Restoran Jamuan Rakyat ini akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 12 Tengahari - 4 Petang.


Terdapat dua cawangan setakat ini iaitu di Jalan Pahang, Kuala Lumpur dan di Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Jalan Pantai Redang, Sekinchan, Selangor. 

Gambar-Gambar Hari ke-13 Jalan Pahang KL


































Gambar-gambar hari ke-6 di Sekin Resort Sekinchan







Comments

Popular posts from this blog

ZAHID HAMIDI MENAFIKAN KENYATAAN PALSU YANG DI SEBARKAN PIHAK BERTANGGUNGJAWAB.

NAJIB MENEMPLAK KENYATAAN INDIVIDU MALU MENGAKU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.