PM LANCARKAN SYILLING EMAS KHAS SULTAN SELANGOR


22 Jan 2018.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mencemar duli melancarkan produk jongkong emas tulen keluaran syarikat Demi Idaman Sdn. Bhd.

Sultan Selangor turut berkenan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Demi Idaman Sdn. Bhd dengan SIRIM dan syarikat, PX Precinox SA dari Switzerland.

Turut berangkat mengiringi baginda, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah.


Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hadir sama, Pengerusi Demi Idaman Sdn. Bhd., Datuk Salehuddin Saidin dan Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM, Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani.

Pada majlis itu, Perdana Menteri melancarkan syiling emas khas Sultan Selangor.


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu usaha berterusan dilakukan agar industri penghasilan dan penulenan emas berkembang di negara ini.

Menurut Datuk Seri Mohd Najib sejarah menunjukkan beberapa jenis logam yang bernilai terutama emas memainkan peranan penting dalam mencorak dan membentuk cara hidup masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran jongkong emas Demi Idaman Sdn Bhd hari ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

PM Mahu Usaha Berterusan Tingkatkan Industri Penghasilan, Penulenan Emas.

“Pada masa lalu, kebanyakkan bahan logam berharga yang telah dilebur dihantar ke luar negara untuk diproses disebabkan kekurangan penulenan emas secara komersial di negara ini.

“Kini, dengan pembangunan proses penulenan emas komersial pertama, kita berupaya menghasilkan emas tulen bermula dari peringkat lebur sehingga penulenan dalam negara ini.

“Untuk itu, saya mengiktirafkan Demi Idaman yang telah memainkan peranan penting dalam pembangunan industri emas di Malaysia."

#mediaazleeklang

Comments

Popular posts from this blog

ZAHID HAMIDI MENAFIKAN KENYATAAN PALSU YANG DI SEBARKAN PIHAK BERTANGGUNGJAWAB.

NAJIB MENEMPLAK KENYATAAN INDIVIDU MALU MENGAKU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.