PM INGATKAN RAKYAT JANGAN BERSIKAP AMBIL MUDAH-TERUS MENYOKONG BARISAN NASIONAL.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat negara ini bahawa mereka tidak seharusnya bersikap mengambil mudah dengan suasana negara aman serta politik stabil yang dikecapi hari ini sehingga sewenang-wenang ingin menukar kerajaan.
"Kita tidak boleh 'take for granted' (ambil mudah) hal keamanan ini. Dulu bila kita berdepan dengan ancaman komunis, bila kita nakkan kemerdekaan kita tahu nilai kemerdekaan dan keamanan.
"Kita tidak boleh 'take for granted' (ambil mudah) hal keamanan ini. Dulu bila kita berdepan dengan ancaman komunis, bila kita nakkan kemerdekaan kita tahu nilai kemerdekaan dan keamanan.
“Tetapi bila negara sudah aman, harmoni selama ini, kadang-kadang kita lupa, kita ambil mudah. Ada kala kita merasakan bahawa tak susah, kita boleh tukar kerajaan, tak ada masalah, katanya yang dipetik Bernama ketika berucap di hadapan lebih 10,000 penduduk Nabawan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Pekan Nabawan, Pensiangan hari ini.
"Tetapi tuan-tuan, sekali kita buat silap (dengan sewenang-sewenang menukar kerajaan), negara dan negeri boleh hancur.
“Betul tuan-tuan?," soal Najib yang disambut dengan suara gemuruh hadirin "betul".
Pembangkang membuyuk rakyat
Justeru, kata Najib rakyat di negara ini tidak boleh leka atau ambil mudah terhadap kestabilan politik yang dikecapi selama ini di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga membolehkan negara mengecapi pelbagai pembangunan yang membanggakan.
"Saya baru melawat sebuah negara. Negara itu mencapai kemerdekaan lebih awal daripada Malaysia.
“Tetapi kekayaan mereka cuma satu pertiga kekayaan Malaysia. Kenapa negara itu tidak sekaya dan semaju Malaysia? Sebab negara itu tidak ada kestabilan politik. Negara itu berdepan dengan perang saudara begitu lama.
"Kalau kita mempunyai satu keadaan yang rakyat dalam negara kita bersengketa antara satu sama lain, ataupun kita tidak ada kestabilan politik maka negara ini tidak akan maju," katanya.
Menurut Perdana Menteri sebagai sebuah kerajaan yang diterajui parti BN, kerajaan ini telah banyak membuktikan kemampuannya menyebabkan Malaysia kian maju dari sehari ke sehari.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Timbalannya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup serta beberapa anggota Kabinet negeri dan persekutuan.
Comments
Post a Comment