ISU JALAN TELOK GONG ROSAK, KAMI AKAN PANTAU SELAGI TIADA TINDAKAN PIHAK BERWAJIB -DATO SH RAJESH
Pelabuhan Klang, 31 Jan 2018
Rintitan dari isu jalan-jalan kampung Telok Gong Pelabuhan Klang yang rosak dan berlubang-lubang yang telah dipertengahkan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang, Dato Sheikh Rajesh Dato Sri Sheikh Ahmad bersama Wartawan NTV7 serta penduduk-penduduk kampung Telok Gong pada 18 Jan 2018.
Hari ini, beliau memaklumkan akan memantau jalan-jalan yang rosak tersebut yang sehingga hari ini tiada tindakan dari pihak berwajib atau Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Kami sudah memaklumkannya tapi sehingga kini jalan-jalan tersebut masih berkeadaan sama (rosak dan berlubang). Jangan sampai ada lagi tragedi kematian berlaku dan sebelum ini juga telah berlaku kejadian kematian dimana seorang penunggang motosikal terperosok ke dalam lubang jalan yang berlubang tanpa di sedari lubang tersebut penuh air sewaktu hujan."
" Kami akan turun kembali bersama wartawan dan penduduk kampung dalam masa terdekat untuk membangkitkan kembali isu tersebut jika tiada jua tindakan membaikpulih jalan tersebut oleh pihak berwajib."
PENDUDUK RESAH KEADAAN JALAN DI TELOK GONG YANG BERLUBANG.... https://media-azleeklang.blogspot.my/2018/01/penduduk-riesah-keadaan-jalan-telok.html?m=1
Susulan dari tragedi kematian seorang penunggang motorsikal yang terlanggar dan terperosok ke dalam lubang di Jalan Besar Telok Gong pada 11 Jan 2018, hari ini bersama penduduk-penduduk Kampung Telok Gong membangkitkan masalah jalan raya yang berlubang dan rosak di Jalan Besar Telok Gong dan jalan-jalan kampung serta berharap ada tindakan segera dari jabatan-jabatan yang berkaitan.
Jalan-jalan ini memerlukan perhatian yang lebih kerana kebanyakan kenderaan berat senantiasa keluar masuk dan menggunakan jalan ini sebagai laluan utama mereka di samping mengelakkan kejadian yang tidak di ingini bèrulang lagi.
Comments
Post a Comment