2,000 UNIT PPR DIBINA DI SELANGOR. -NOH OMAR
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membina 2,000 unit kediaman di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) tahun ini bagi membantu golongan kurang berkemampuan di Selangor memiliki rumah.
Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata projek perumahan itu, yang membabitkan kos kira-kira RM400 juta, akan dilaksanakan di empat lokasi iaitu Kampung Sungai Yu dan Berjuntai Bestari yang terletak di Kuala Selangor, Bukit Subang, Shah Alam serta Dengkil, Sepang.
“Projek PPR di Kampung Sungai Yu melibatkan 500 unit rumah teres manakala PPR di Dengkil dan Bukit Subang masing-masing melibatkan pembinaan 500 unit pangsapuri.
“Di Berjuntai Bestari, kita masih di peringkat perbincangan sama ada untuk membina pangsapuri atau rumah teres,” katanya dalam sidang media.
Terdahulu, Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, menyampaikan Amanat 2018 kepada kira-kira 500 penjawat awam dari agensi dan jabatan-jabatan Persekutuan.
Comments
Post a Comment