DIVA AA LAPOR POLIS DAKWAAN SKANDAL SEX ABANGNYA.


Selebriti kontoversi Azwan Ali atau Diva AA hari ini membuat laporan polis bagi menyiasat dakwaan skandal seks membabitkan abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti yang didakwa sebuah blog baru-baru ini.

Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira jam 3 petang semalam.

“Saya buat laporan polis ini kerana kes ini perlu dibersihkan apatah lagi melibatkan nama Azmin Ali dan isterinya.



“Ini maruah seorang pemimpin, ini bukan skandal seks artis tetapi skandal seks pemimpin nombor satu Selangor.

“Saya tak tuduh dia (Azmin) buat skandal seks tetapi laporan polis saya hari ini menjurus kepada dua spesifikasi iaitu kepada tertuduh dan yang membuat tuduhan (blog terbabit),” kata Azwan kepada wartawan selepas membuat laporan polis tersebut.

"Kalau betul ada bukti sila ke depan sebab kita nak keadilan dan juga saya cabar isteri orang itu untuk bersemuka dengan saya, apa masalah kau,” kata Azwan.

Comments

Popular posts from this blog

ZAHID HAMIDI MENAFIKAN KENYATAAN PALSU YANG DI SEBARKAN PIHAK BERTANGGUNGJAWAB.

NAJIB MENEMPLAK KENYATAAN INDIVIDU MALU MENGAKU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.