50,000 MASYARAKAT INDIA BAKAL MENERIMA MANAFAAT AS1M -NAJIB


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru masyarakat India di negara ini terus melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) dengan tambahan sebanyak 1.5 bilion unit bermula hari ini.

Lebih 50,000 masyarakat India di negara ini bakal mendapat manfaat daripada sejumlah 1.5 bilion unit Amanah Saham 1Malaysia AS1M yang ditawarkan khusus untuk mereka bermula 29 Januari ini.

Selain itu, sebanyak 500 juta unit AS1M lagi akan dibuka khusus untuk golongan yang dalam kategori kumpulan berpendapatan terendah (B40).

Menerusi akaun Twitter YAB PM, beliau berharap golongan ini dapat meningkatkan lagi pemilikan saham itu selepas berita baik itu diumum dalam Bajet 2018 yang lalu.


Mulai hari ini, masyarakat India boleh terus melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia dengan tambahan sebanyak 1.5 bilion unit khusus buat mereka seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018. Semoga ini dapat meningkatkan lagi pemilikan saham dalam kalangan masyarakat India.



#MediaAzleeKlang #NajibRazak #AS1M #B40

Comments

Popular posts from this blog

ZAHID HAMIDI MENAFIKAN KENYATAAN PALSU YANG DI SEBARKAN PIHAK BERTANGGUNGJAWAB.

NAJIB MENEMPLAK KENYATAAN INDIVIDU MALU MENGAKU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.