MAJLIS PERBANDARAN KLANG AKAN BAIKPULIH DEWAN ORANG RAMAI JIKA ADA SURAT PERMOHONAN JKKK DAN PENYELARAS DUN- DATO SHEIKH RAJESH



Pelabuhan Klang, 31 Jan 2018.
Rintitan dari tinjauan Dato Sheikh Rajesh Dato Sri Sheikh Ahmad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang bersama Pengerusi JKKKP, Wartawan NTV7 serta penduduk-penduduk kampung Hamid Tuah Telok Gong pada 25 Jan 2018 yang lepas membongkar Dewan Orang Ramai yang terbiar hampir 3 tahun tanpa pengawasan pihak JKKK dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang di biarkan terbiar dan rosak.

"Semalam, kita telah mendapat PENCERAHAN daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK). Pihak majlis telah memaklumkan jika ada surat permohonan untuk di baikpulih daripada/melalui JKKK Kampung Telok Gong atau Penyelaras Dun N.46 Pelabuhan Klang, tindakan segera akan di ambil oleh pihak Majlis untuk di baik pulih atau ubahsuai dengan segera."- kata Rajesh

"Selepas selesai di baikpulih, beliau berharap pihak JKKK Kampung Telok Gong dapat menjaga dan mengawasi prasarana dewan orang ramai dan memastikan kemudahan tersebut dapat di jaga dengan baik."

https://youtu.be/HvMqkRg5Ahk

#MediaAzleeKlang

Comments

Popular posts from this blog

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil