DEWAN ORANG RAMAI TELOK GONG TIDAK DI JAGA DENGAN BAIK. APA KERAJAAN NEGERI DAN PBT BUAT.


25 Jan 2018

Pelabuhan Klang - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang, Dato Sheikh Rajesh Dato Sri Sheikh Ahmad hari ini bersama penduduk-penduduk Kampung Hamid Tuah Telok Gong hadir ke Dewan orang ramai kampung Hamid Tuah melihat sendiri dewan tersebut yang di tinggalkan pihak berkaitan selepas mereka ini menghalang penggunaannya selama ini.

Dahulunya, dewan tersebut banyak di gunakan oleh penduduk dan belia kampung untuk aktiviti-aktiviti kampung seperti riadah, futsal, sepak takraw dan gotong royong tetapi hari ini dewan tersebut menjadi uzur dan daif. Ini kerana dewan telah di ambil alih oleh pihak berkaitan dan mempolitikan dewan tersebut sehingga hari ini. Akhirnya di biarkan begitu sahaja tanpa penjagaan dan menjadi dewan terbiar.

Di mana hak orang ramai atau penduduk kampung untuk menggunakan kemudahan dewan dan padang futsal tersebut. Adakah ini yang Kerajaan Negeri Selangor banggakan. Kenapa Pihak Majkis Perbandaran Klang (MPK) masih membiarkan keadaan Dewan tersebut begitu rupa tanpa pantaun dan baikpukih serta jagaan yang betul.

Kami mahu kerajaan Selangor ambil peduli kepada penduduk serta rakyat Selangor dan jangan di anak tirikan kemudahan-kemudahan yang ada dalam negeri Selangor ini demi untuk kepentingan peribadi dan parti.












Comments

Popular posts from this blog

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil