MUHYIDDIN TELAH HILANG MAJORITI SEBAGAI PERDANA MENTERI DAN WAJAR LETAK JAWATAN

MUHYIDDIN TELAH HILANG MAJORITI SEBAGAI PERDANA MENTERI DAN WAJAR LETAK JAWATAN Oleh: Isham Jalil Sebentar tadi Ahli Parlimen Machang Dato' Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan penarikan sokongan daripada kerajaan PN dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dengan ini sokongan ke atas kerajaan PN sekarang adalah sebanyak 110 orang ahli Parlimen berbanding yang tidak menyokong juga sebanyak 110 orang, selepas dua orang ahli Parlimen meninggal dunia. Ini bermakna Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan PN tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat. Sekiranya undi percaya dilakukan di Dewan Rakyat pada hari ini maka Tan Sri Muhyiddin tentunya tidak akan menang dan akan ditolak sebagai Perdana Menteri seperti mana yang terjadi kepada Faizal Azumu di Perak. Seperti mana juga yang berlaku di Perak, untuk mengelakkan pilihanraya semasa COVID-19 dan pada masa yang sama menstabilkan situasi politik, pilihan yang wajar ialah Tan Sri Muhyiddin perlu meletakkan jawatan dan digantikan de...