Kerjasama Proton-Geely tidak bazirkan duit rakyat-PM

KUALA LUMPUR 23 Jun - Kerjasama strategik antara Proton Holdings Bhd. (Proton) dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group (Geely) adalah penting untuk perkembangan syarikat kereta Malaysia itu ke persada antarabangsa dan pada masa sama tidak membazirkan duit rakyat untuk membiayai model perniagaan yang tidak menjana pulangan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sejak sekian lama telah memberi sokongan tanpa berbelah-bahagi kepada Proton termasuk memberikan pinjaman kepada syarikat kereta itu bagi memastikan perniagaannya bertahan serta menjamin pekerjaan 10,000 kakitangan Proton dan 200,000 lagi pekerjaan yang bersangkut-paut dengan kereta Malaysia itu. Namun jelas Perdana Menteri, model perniagaan yang diamalkan Proton selama ini tidak lagi sesuai mengikut trend pengguna dan persaingan antarabangsa sekali gus kerajaan mahu syarikat itu mencari rakan strategik antarabangsa bagi mendapatkan akses pasaran yang lebih luas serta teknologi moden terk...