Posts

MUHYIDDIN TELAH HILANG MAJORITI SEBAGAI PERDANA MENTERI DAN WAJAR LETAK JAWATAN

Image
MUHYIDDIN TELAH HILANG MAJORITI SEBAGAI PERDANA MENTERI DAN WAJAR LETAK JAWATAN Oleh: Isham Jalil Sebentar tadi Ahli Parlimen Machang Dato' Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan penarikan sokongan daripada kerajaan PN dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dengan ini sokongan ke atas kerajaan PN sekarang adalah sebanyak 110 orang ahli Parlimen berbanding yang tidak menyokong juga sebanyak 110 orang, selepas dua orang ahli Parlimen meninggal dunia. Ini bermakna Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan PN tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat. Sekiranya undi percaya dilakukan di Dewan Rakyat pada hari ini maka Tan Sri Muhyiddin tentunya tidak akan menang dan akan ditolak sebagai Perdana Menteri seperti mana yang terjadi kepada Faizal Azumu di Perak.  Seperti mana juga yang berlaku di Perak, untuk mengelakkan pilihanraya semasa COVID-19 dan pada masa yang sama menstabilkan situasi politik, pilihan yang wajar ialah Tan Sri Muhyiddin perlu meletakkan jawatan dan digantikan de...

NASIB TIGA PENGKHIANAT

Image
  PPBM hari ini terdiri daripada tiga kumpulan pengkhianat:  SATU: Pengkhianat PH dari PPBM yang menjatuhkan kerajaan mereka sendiri;  DUA: Pengkhianat UMNO yang melompat parti ke PPBM apabila Barisan Nasional hilang kuasa sebagai kerajaan; dan TIGA: Pengkhianat PKR dari puak Azmin yang melompat parti ke PPBM apabila Azmin bergaduh dengan Anwar. PPBM juga dilaporkan cuba untuk mencuri ahli-ahli UMNO dan PAS di akar umbi. Orang-orang UMNO di semua peringkat telah lama sedar akan niat PPBM untuk meruntuhkan UMNO. Sebab itu rata-rata lebih 140 bahagian-bahagian UMNO yang telah bermesyuarat kelmarin telah membuat keputusan menolak kerjasama dengan PPBM. Ini jelas menggambarkan pendirian akar umbi UMNO. Mereka tidak mahu bekerjasama dengan pengkhianat, dan mereka tidak rela dikhianati lagi nanti. Kerusi adalah kuasa, dan kuasa itu perlu untuk menentukan dasar untuk rakyat. Contohnya, jika UMNO ada cukup kerusi untuk menentukan dasar, sudah tentu rakyat tidak perlu beratur panj...

UMNO, BN Buat Ketetapan Tandingi Semua Kerusi Parlimen, DUN Dimenangi Pada PRU14

Image
04 Januari 2021 Beliau berkata demikian ketika berucap di Bagan Datuk Hari ini  UMNO dan Barisan Nasional (BN) membuat ketetapan untuk bertanding di semua kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi BN, berkata Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut memutuskan bahawa semua calon parti itu dan BN yang bertanding pada PRU15 akan menggunakan lambang BN. “MT UMNO memutuskan bahawa semua kerusi UMNO dan BN sama ada Parlimen atau DUN yang dimenangi pada PRU14 lepas wajib kita ambil alih semula untuk kita tandingi. Kerusi itu UMNO punya, UMNO akan tuntut balik kerusi itu. “Kita juga tidak akan menggunakan lambang parti lain. Terserah kepada parti lain untuk guna lambang sendiri atau lambang sahabat baharu tapi UMNO dan BN, lawan tetap lawan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini. Beliau berkata selepas PRU14, seramai ...

1MDB: LAPORAN POLIS PEMUDA UMNO MSIA TERHADAP BEKAS GABENOR BNM.

Image
 1. Pergerakan Pemuda UMNO hari ini telah mengadakan satu laporan polis berkenaan isu penting mengenai penglibatan seorang Gabenor Bank Negara yang disyaki terlibat dengan kes 1MDB.  2. Terdapat keraguan yang membimbangkan berkenaan pendedahan mengenai penglibatan 3 orang lagi individu bernama, Dato’ Dr Tawfiq Ayman - Alif Ayman Aziz bin Tawfiq Ayman - Abdul Aziz bin Tawfiq Ayman. Ketiga-tiga individu adalah dilaporkan sebagai suami dan anak-anak kepada Tan Sri Zeti Aziz, bekas Gabenor Bank Negara.  3. Sebuah syarikat Iron Rhapsody juga didakwa dimiliki oleh suami dan anak Tan Sri Zeti Aziz dan syarikat ini menerima wang berjumlah USD 16,219,409.23 daripada entiti yang mempunyai pendaftaran di bawah nama Jho Low. Juga disebut dalam laporan itu, Tan Sri Zeti dan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah telah berjumpa dengan Jho Low beberapa kali dan mereka mempunyai makluman mengenai bayaran yang telah diterima oleh suami dan anak-anak Tan Sri Zeti.  4. Pemuda UMNO khu...

PPBM: KAWAN ATAU LAWAN -DR PUAD ZAKARSHI

Image
  Akan ada yang komen, kenapa perbezaan pendapat dibahas di luar. Pada mereka musuh akan untung jika berlaku perbahasan terbuka. UMNO adalah parti besar. Ia kembali bangkit. UMNO wajar lebih terbuka. Jangan sapu sampah bawah carpet. Jangan apologatik, takut apa orang lain kata. Di zaman media sosial tidak ada yang boleh disembunyikan. Maklumat, percakapan dan kenyataan mudah bocor. Jika bukan orang lain bocorkan, orang sendiri akan bocorkan. Bukan rahsia pun 145 Ketua Bahagian UMNO menolak bersama PPBM untuk PRU ke 15. Dua hari lepas Annuar Musa membuat posting terbuka. Dia tuduh seorang pemimpin yang ada platform resmi buat perkara yang berlawanan dengan dasar parti.  Annuar terlupa dia Setiausaha Agung BN. Dia pun suka mendahului Presiden Annuar mendakwa parti sedang di bawa ke arah perpecahan bukan konsolidasi. Annuar tutup mata sebelah. Sebenarnya UMNO yang sedang ditikam dan dilemahkan dari belakang.  Sekarang ini sebok PPBM membeli dan memujuk Ketua Ketua cawangan U...

Penerangan KWSP Banyak Yang Tak Betul Kata Najib

Image
Banyak yang tak betul dengan penerangan KWSP yang bandingkan pengeluaran KWSP dengan pengeluaran skim persaraan Superannuation atau "Super" negara Australia bagi mereka yang terdesak untuk Covid. 1. Skim "Super" Australia bukan dikendalikan oleh sebuah badan kerajaan seperti KWSP.  Seperti Amerika Syarikat, pencarum Australia kena pilih skim mana dari pilihan berpuluh skim swasta yang mereka mahu mencarum.  Sebab itu, kerajaan Australia tidak boleh lakukan apa yang saya sarankan - iaitu kerajaan Malaysia memberi projek lumayan kepada KWSP dan menukar struktur dividen kepada sistem berperingkat (multi-tier) supaya pencarum yang ada baki simpanan rendah boleh dipulihkan dengan lebih laju. 2. Skim pengeluaran Australia bukan hanya terhad kepada mereka yang sudah hilang kerja seperti diterangkan KWSP. Malah, syarat untuk mengeluarkan duit adalah lebih longgar. Cuma perlu beritahu bahawa pendapatan mereka sudah berkurang 20% akibat Covid. Syarat-syaratnya ada di laman ra...

NAJIB BIDAS PENGUMUMAN TERDESAK KWSP

Image
Kenapa terdesak untuk umumkan sesuatu yang tidak memenuhi keperluan? Kenapa nak teruskan dengan had pengeluaran RM500 sebulan hanya untuk mereka yang kehilangan kerja sahaja jika ianya tidak memenuhi keperluan dan kehendak ramai? Adakah hanya 600,000 warga Malaysia yang hilang kerja perlu dibantu? Bagaimana pula dengan mereka yang tak hilang kerja tetapi pendapatan bulanan mereka turun mendadak sebab OT, elaun, point servis, komisyen dan sebagainya dikurangkan atau gaji asas mereka dipotong majikan?  Ramai pekerja juga terpaksa bersetuju dengan majikan untuk ambil no-pay leave atau half-pay untuk membantu kelangsungan majikan. Mereka tak hilang kerja tapi pendapatan berkurang pada masa komitmen bulanan mereka tetap tinggi. Mengapa pembayaran one off sehingga RM10,000 ini amat diperlukan oleh pencarum dan kenapa ianya perlu diperluaskan kepada mereka yang tidak hilang kerja?  Antara sebabnya, pembayaran one-off ini sebanyak RM10,000 boleh digunakan sebagai penyelesaian hutang t...