Kes Perbicaraan Baju Merah Umpama Rakyat PALESTIN yang dizalimi oleh ISRAEL -Jamal

Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan sembilan individu yang lain hadir di Mahkamah Sesyen/Majistret Ampang pada hari ini untuk mendengar sebutan semula kes berhubung pertuduhan merusuh di pusat membeli belah Ampang Point sewaktu Kumpulan Bersih 5 membuat ROADSHOW di kawasan berkenaan pada november yang lalu. Menurut Jamal, " Kami ibarat rakyat Palestin yang dizalimi oleh Israel kerana perkara ini ditujukan hanya kepada sebelah pihak sahaja iaitu Kumpulan Baju Merah tetapi Kumpulan Baju Kuning (BERSIH 5) yang diketuai oleh Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamarudin yang memulakan provokasi berkenaan tidak diambil tindakan walaupun sudah berkali-kali membuat laporan polis ". Menurut Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Gerakan Merah, Datuk Mohd Imran Tamrin, Untuk Kes Perbicaraan pada hari ini, Hakim Majistret Tuan Mohamad Firdaus Bin Sadina Ali menetapkan 9 Ogos 2017 untuk tarikh sebutan semula kes berkenaan. Ini berikutan pihak...