Kes Perbicaraan Baju Merah Umpama Rakyat PALESTIN yang dizalimi oleh ISRAEL -Jamal





Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan sembilan individu yang lain hadir di Mahkamah Sesyen/Majistret Ampang pada hari ini untuk mendengar sebutan semula kes berhubung pertuduhan merusuh di pusat membeli belah Ampang Point sewaktu Kumpulan Bersih 5 membuat ROADSHOW di kawasan berkenaan pada november yang lalu.

Menurut Jamal, " Kami ibarat rakyat Palestin yang dizalimi oleh Israel kerana perkara ini ditujukan hanya kepada sebelah pihak sahaja iaitu Kumpulan Baju Merah tetapi Kumpulan Baju Kuning (BERSIH 5) yang diketuai oleh Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamarudin yang memulakan provokasi berkenaan tidak diambil tindakan walaupun sudah berkali-kali membuat laporan polis ".

Menurut Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Gerakan Merah, Datuk Mohd Imran Tamrin, Untuk Kes Perbicaraan pada hari ini, Hakim Majistret Tuan Mohamad Firdaus Bin Sadina Ali menetapkan 9 Ogos 2017 untuk tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Ini berikutan pihak peguam kepada tertuduh belum menerima sebarang jawapan re-presentasi daripada pihak Jabatan Peguam Negara berkenaan dengan presentasi yang telah diberikan untuk mengkaji semula pertuduhan yang dibacakan kepada tertuduh dan juga meneliti semula kes ini untuk di pertimbangkan berkenaan pertuduhan kepada mereka.

Pada 13 November 2016 yang lalu, Jamal dan sembilan yang lain dituduh kerana melakukan rusuhan di Pusat Membeli Belah berkenaan ketika Gerakan Baju Merah menghalang provokasi ROADSHOW Baju Kuning di dalam premis terbabit.

Namun berlaku sedikit kekecohan apabila Jamal ingin meminta penjelasan daripada Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin berhubung Pengedaran Risalah siri jelajah BERSIH 5 yang menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada supaya rakyat turun berdemonstrasi pada 19 November 2016.

Kedua-dua kumpulan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan tetapi hanya Kumpulan Baju Merah sahaja didakwa dibawah Sesyen 147 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, Pada 13 April 2017 yang lalu, Jamal yang diwakili peguam memohon dibicarakan kerana ingin mengemukakan presentasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula pertuduhan yang dibicarakan.

Kumpulan Baju Merah meminta perkara terbabit dibicarakan kerana Pertuduhan terbabit tidak adil kerana hanya ditujukan kepada mereka sahaja tetapi pihak Baju Kuning (BERSIH 5) tidak diambil tindakan. 



Kes Perbicaraan Baju Merah Ibarat Rakyat Palestin Dizalimi Israel - Jamal 
https://t.co/pJfNMRLGwW


                       

Insiden Ampang Point : Mahkamah Menetapkan 9 Ogos Untuk Sebutan Semula Kes 
https://t.co/23uzA7dWQh



Popular posts from this blog

ZAHID HAMIDI MENAFIKAN KENYATAAN PALSU YANG DI SEBARKAN PIHAK BERTANGGUNGJAWAB.

NAJIB MENEMPLAK KENYATAAN INDIVIDU MALU MENGAKU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.