Posts

Showing posts from October, 2017

JAMAL LANCAR CAWANGAN BARU JAMUAN RAKYAT MAKAN PERCUMA SETIAP HARI DI SEKINCHAN

Image
25 Okt 2017 - Cawangan Baru Jamuan Rakyat Makan percuma setiap hari di lancarkan di Sekin Resort & Hotel Sekinchan hari ini. Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menegaskan, pembukaan restoran makan tengahari percuma di dua tempat di negeri ini tidak mengira sempadan dan fahaman politik. "Sesiapa saja boleh datang nikmati makan percuma...tak kira agama dan bangsa.  "Ahli DAP,  Pas, PKR dan Amanah boleh datang. Cuma yang tak boleh datang dan makan ialah Myanmar, Indonesia Bangladesh dan warga asing lain," katanya. Jamal berkata, program makan tengah hari percuma yang dilaksanakan di dua tempat setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 12 tengah hari hingga jam 2.30 petang itu dilaksanakan dengan sokongan daripada rakan NGO yang lain. Jamal juga mempelawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim untuk datang ke jamuan rakyat menikmati juadah makan tengahari percuma di Sekin Fisherm...

HARI KE 6- JAMUAN RAKYAT MAKAN PERCUMA SETIAP HARI

Image
 23 Okt 2017 - Hari ke 6 hari ini operasi Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia GN1M "Restoran Jamuan Rakyat" beroperasi di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Ilham yang di cetus oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar merangkap Pengerusi Gabungan NGO 1 Malaysia,  Dato Sri Jamal Haji Md Yunos ini adalah dari sedekah dari Zakat perniagaan dan sahabat beliau Allahyarham Solleh telah menjadi kenyataan apabila pembukaan restoran makan percuma pada 16 Oktober 2017.  Sehingga hari ini, orang ramai tidak melepaskan peluang hadir untuk menjamu selera secara percuma di restoran ini. Rata-rata pengunjung yang hadir amat bersyukur dengan apa Dato Sri Jamal buat dan berharap restoran ini akan terus beroperasi membantu warga kota dan gelandangan yang berhampiran.  Beliau juga telah memaklumkan pembukaan baru  1 cawangan restoran jamuan rakyat makan percuma ini di Sekin resort & hotel sekinchan pada 25 Oktober 2017 ini. Operasi Restoran di Jalan Pahang Isnin hi...