JUALAN IKAN MURAH DI SEKINCHAN SETIAP HARI AHAD



Sungai Besar 22 Okt - Program ke 9 Jualan ikan murah harga patut setiap hari ahad di Sekin Resort & Hotel Jalan Pantai Redang Sekinchan hari ini mendapat sambutan yang baik dan juga siri-siri jelajah selangor sebelum ini.

Inisiatif Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato Sri Jamal Md Yunos ini sedikit sebanyak dapat meringankan dan mengurangkan bebanan rakyat dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian yang rata-rata di monopoli pemborong-pemborong yang ingin yang menampakan kerajaan Barisan Nasional tidak prihatin dengan rakyat. Ini akan membuatkan masyarakat/rakyat marah dengan kerajaan.

Para pengunjung yang datang ke sini sudah menunggu dari jam 8.00 pagi bagi mendapatkan bekalan ikan murah serendah RM5 sekilo. Mereka sangup menunggu dan beratur hingga jam 9.00 pagi menunggu kaunter jualan ikan di buka.



Dalam masa menunggu, ada juga jualan-jualan lain harga patut yang dibuka seawal jam 8.00 pagi iaitu kaunter jualan ayam. Ayam di sini di jual pada kadar Rm10 seekor bagi ayam biasa, Rm6 seekor bagi ayam pencen dan Rm13 seekor bagi ayam kampung.


Kaunter jualan jualan lain turut juga berada di tapak jualan ikan iaitu Gas isian semula Rm20 bagi 14kg.


Jualan Beras Rm10 bagi sekampit 15Kg


Himpunan gambar-gambar program
















Popular posts from this blog

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil