Jamal Jemput Ahli UMNO Pau2017 Makan Percuma


Kuala Lumpur 29 Nov -Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Sei Jamal Yunos menjemput ahli UMNO yang akan hadir di Perhimpunan Agung UMNO 2017 #PAU2017 pada 04hb - 09hb Disember 2017 ini untuk singgah di Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia, Restoran Jamuan Rakyat untuk 'Makan Percuma' melalui 4 sesi.

Berikut adalah waktu sesi pembukaan yang telah ditetapkan:

- Sarapan Pagi
(7 Pagi - 10.30 Pagi)

- Makan Tengahari
(12 Tengahari - 3 Petang)

- Makan Petang
(4 Petang - 6 Petang)

- Makan Malam
(8 Malam - 11 Malam)

Menurut Jamal, Beliau bersedia untuk menyediakan juadah sehingga 12 000 orang tetamu pada setiap waktu.

" Walaupun perwakilan sudah disediakan juadah makanan, namun kepada pemerhati dan juga ahli-ahli Umno yang berkesempatan bolehlah hadir ke restoran ini pada waktu yang telah dinyatakan," kata Jamal.

" Jangan lepaskan peluang ini, jika berkesempatan datang dan singgahlah di restoran kami," kata Jamal 


Comments

Popular posts from this blog

ZAHID HAMIDI MENAFIKAN KENYATAAN PALSU YANG DI SEBARKAN PIHAK BERTANGGUNGJAWAB.

NAJIB MENEMPLAK KENYATAAN INDIVIDU MALU MENGAKU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.